Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Marah tak dapat beli bunga api, lelaki di Klang bakar gerai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Marah tak dapat beli bunga api, lelaki di Klang bakar gerai

Feb 01, 2024 | 07:14 PM



KLANG (Selangor): Seorang lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di gerai jualan apabila tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit.


Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie, berkata kejadian tersebut berlaku pada 30 Januari di gerai jualan di tepi jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, lapor media tempatan.

Beliau menyatakan lelaki terbabit pergi ke gerai tersebut sekitar 4.30 petang untuk membeli bunga api dengan menaiki motosikal jenis Yamaha berwarna merah.

Apabila pemilik gerai limau dan mercun itu membungkus bunga api yang dimintanya, suspek tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

“Oleh kerana (suspek) tidak mempunyai wang, mangsa yang merupakan pemilik gerai telah mengambil semula bungkusan bunga api yang mahu dibeli suspek.

“Namun sekitar 7 petang, suspek telah datang semula ke gerai dan membaling satu botol, dipercayai mengandungi minyak petrol, ke arah gerai.

“Tindakan lelaki tersebut telah mengakibatkan sebahagian gerai dan barangan jualan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan pada 31 Januari.

Superintenden Mohd Khairi menjelaskan kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh pasukan pertahanan awam dan mangsa telah membuat laporan polis 31 Januari.

Bertindak atas maklumat yang diberikan, beliau berkata suspek berjaya ditangkap pihak polis di Taman Karuppiah, Padang Jawa, sekitar 1 tengah hari pada hari yang sama.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran,” tambahnya.

Berdasarkan semakan, suspek merupakan seorang penganggur. Suspek juga didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau, jelas beliau.

Kes akan disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >