Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MB Perlis mahu anak dihukum jika terbukti salah tuntutan palsu RM600,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MB Perlis mahu anak dihukum jika terbukti salah tuntutan palsu RM600,000

Apr 26, 2024 | 03:18 PM



KANGAR (Perlis): Menteri Besar Perlis, Encik Mohd Shukri Ramli, terbuka untuk anaknya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemalsuan dokumen bagi tuntutan palsu berjumlah RM600,000 ($170,770) dan menerima hukuman seandainya terbukti bersalah dalam hal berkenaan.


“Ini adalah ujian yang sedang saya hadapi dan jika anak saya (terbukti) bersalah, maka hukumlah dia kerana saya sudah beri pendidikan dan ilmu... termasuk juga pegawai saya yang mana saya selalu berpesan mengenai perkara ini dan jika terbabit juga, saya sudah habis ikhtiar.

“Saya tidak ada rasa gundah gulana dan sebarang prasangka terhadap SPRM sehingga habis siasatan mereka,” katanya menyampaikan ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15, di Kompleks DUN Perlis, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Encik Mohd Shukri mengakui kelemahannya dalam pentadbiran negeri disebabkan dirinya terlalu baik dan meletakkan kepercayaannya kepada semua orang.

“Memang, kelemahan saya dalam pentadbiran adalah terlalu baik dan percaya semua orang saya beri kebebasan tetapi harus diingat tidak siapa kebal undang-undang termasuklah saya.

“Malah salah seorang yang disiasat itu adalah anak saya dan pada pagi SPRM datang (24 April), mereka geledah rumah saya (di Sungai Padang), kemudian Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) tempat saya asuh anak-anak dan kemudian bawa anak saya pergi untuk direman.

“Dalam hal ini juga, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya terbuka di mana dalam ucapan sidang DUN sebelum ini juga, saya ada katakan bahawa pejabat saya buka 24 jam sehari (setiap masa) untuk pemeriksaan SPRM, kerana saya tidak mahu berlaku sebarang penyelewengan dan biarlah ia dalam keadaan bersih daripada unsur tidak baik,” jelasnya.

Encik Mohd Shukri turut menjelaskan bahawa Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM kini sedang giat melakukan pemeriksaan di setiap Pusat Khidmat DUN di negeri Perlis pada waktu ini.

“Kita akan tetap membuka pintu kepada SPRM dan diharapkan selepas ini tidak ada lagi perkara sebegini terjadi di negeri ini,” ujarnya.

Sebelum ini anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek ditahan reman SPRM Putrajaya, berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini, yang mana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata suruhanjaya itu dijangka memanggil beberapa lagi individu dan melakukan tangkapan bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen berkenaan.

“Saya jangka kita akan panggil beberapa pihak lain dan mungkin akan dijalankan tangkapan bagi membuktikan kesalahan yang berlaku,” katanya lapor BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >