Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Penganggur dijel 80 tahun, 24 sebatan atas kesalahan bunuh dua mangsa di Sabah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penganggur dijel 80 tahun, 24 sebatan atas kesalahan bunuh dua mangsa di Sabah

Feb 27, 2024 | 01:00 PM



TAWAU: Seorang penganggur perlu menghabiskan usianya dalam penjara selepas dia dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, selepas mengaku salah atas dua tuduhan bunuh iaitu mengelar tukang kebun dan tenaga pengajar sebuah gereja di Ladang Pinang, Semporna, Sabah, pada 2022.


Nulhan Khalid, 31 tahun, membuat pengakuan itu sejurus kedua-dua tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan dalam bahasa Bajau oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa membunuh tukang kebun, Hipang Iba Bernadus, di kawasan Gereja Santa Maria, Kebun Sawit Ladang Pinang, Semporna, antara 4 hingga 5 petang, pada 26 Jun 2022.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa membunuh tenaga pengajar gereja, Tomas Yohanes, pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Bagi kededua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah diseksa dengan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Datuk Duncan dalam penghakimannya berkata dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah mengambil kira tahap kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman gantung kepada tertuduh.

Katanya dalam kes ini, dua mangsa meninggal dunia atas perbuatan tertuduh.

“Setelah menimbangkan semua faktor termasuk fakta kes, pengakuan insaf dan bersalah tertuduh, mahkamah memerintahkan kamu (tertuduh) dihukum penjara 40 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa serentak tarikh tangkapan iaitu pada 26 Jun 2022, manakala hukuman sebatan dijalankan secara berasingan.

Tertuduh yang juga warga Filipina akan turut diperintah dihantar pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pengedar dadah terlepas hukuman gantung selepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 199.71 gram pada 1 Februari 2023.

Isnawi Sarawi, 45 tahun, yang mengaku bersalah didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tepi Jalan Kampung Panji, Jalan Pantai, Lahad Datu, kira-kira 3.30 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >