Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PRK Kuala Kubu Bharu: PH-BN, PN umum calon

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PRK Kuala Kubu Bharu: PH-BN, PN umum calon

Apr 26, 2024 | 03:32 PM



HULU SELANGOR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) akan membuka tirai pada 27 April, dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di Selangor.


Bermula 9 pagi, bakal calon daripada parti bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC) dan proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.

Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding bagi PRK itu.

Setakat ini, Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan Cik Pang Sock Tao yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Gabungan pembangkang, Perikatan Nasional (PN) pula menamakan pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Encik Khairul Azhari Saut, sebagai calon saingan.

Setakat ini, PRK itu bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH-BN dengan PN, namun calon Bebas turut dijangka bertanding sebagai tanda bantahan kepada parti mereka.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Encik Kamarul Azman Ahmad Sabri, berkata PRK DUN Kuala Kubu Bharu dijangka menyaksikan saingan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan enam borang pencalonan sudah dibeli setakat ini.

Beliau berkata semua borang berkenaan dibeli PH, Bersatu dan calon Bebas.

Dalam mendepani PRK itu, Kerajaan Perpaduan akan memberi tumpuan kepada isu ekonomi dan masa depan penduduk tempatan sepanjang tempoh kempen bermula 27 April.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Encik Fahmi Fadzil, berkata pihaknya sudah mengenal pasti isu yang dibangkitkan penduduk serta pengundi di kawasan berkenaan.

“Kita sudah mengenal pasti sejumlah perkara yang dibangkitkan sama ada oleh penduduk atau pengundi di KKB serta apa yang dijanjikan mendiang bekas Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) KKB dan ini yang akan jadi keutamaan.

“Maklum balas yang kami terima, fokus bagi pengundi di KKB, berkait isu ekonomi dan masa depan terutama bagi rakyat tempatan, inilah yang akan menjadi fokus,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong daripada PH pada 21 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Sebelum ini, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC)  memutuskan tidak akan terbabit dalam kempen sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >