Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Seorang lagi pemain bola sepak M’sia jadi sasaran penjenayah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Seorang lagi pemain bola sepak M’sia jadi sasaran penjenayah

May 08, 2024 | 01:29 PM



JOHOR BAHRU: Selepas dua kejadian membabitkan tonggak bola sepak Malaysia disimbah asid dan disamun, seorang lagi bintang bola sepak, Safiq Rahim, dilaporkan diserang individu tidak dikenali.


Kejadian pada 7 Mei malam itu menyebabkan cermin keretanya dipecahkan di Pusat Latihan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Sri Gelam, Johor Bahru, Johor.

Pemain bola sepak bagi pasukan JDT berusia 37 tahun itu dikatakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal, selepas beliau mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, kira-kira 10 malam.

Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City yang Safiq pandu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki.

“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta yang Safiq pandu sehingga ia pecah, menyebabkan beliau memberhentikan kenderaan.

“Dua lelaki terbabit kemudian berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya lapor Harian Metro.


Safiq kemudian membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, kira-kira 11 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, berkata polis giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta Safiq.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Polis sedang mengesan dan berusaha menangkap suspek yang terbabit,” katanya mengenai kes melibatkan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

Kejadian itu berlaku selepas tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, yang juga bintang Selangor FC, disimbah asid di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Selangor, pada 5 Mei.

Seorang lagi pemain kebangsaan yang juga pemain pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid, disamun dan diserang di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu pada 2 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >