Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Siasatan menantu Muhyiddin lengkap, tapi suspek gagal dikesan: SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Siasatan menantu Muhyiddin lengkap, tapi suspek gagal dikesan: SPRM

Feb 22, 2024 | 03:40 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan beberapa kertas tuduhan ke atas ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan, yang juga anak menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah lengkap.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kertas tuduhan ke atas peniaga itu membabitkan beberapa dakwaan termasuk jenayah pecah amanah (CBT).

“Sebenarnya siasatan sudah dilengkapkan dan bersedia untuk membuat tuduhan. Namun, beliau masih gagal dikesan dan belum pulang ke Malaysia.

“Saya tidak ingat berapa tuduhan yang akan dibuat ke atas beliau, tetapi kalau tak silap ia membabitkan beberapa dakwaan mengenai jenayah CBT,” katanya pada sidang media Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Ke-10 di sini pada 22 Februari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Akhbar itu sebelum ini melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Mereka ialah Datuk Muhammad Adlan dan peguam, Encik Mansoor Saat, dengan kedua-duanya dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Datuk Muhammad Adlan dan Encik Mansoor sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).

Tindakan menyenaraikan nama mereka di dalam notis merah itu dilakukan selepas dimohon SPRM untuk mengetahui keberadaan kedua-dua individu itu.

Pada 28 Februari 2023, Tan Sri Muhyiddin ketika berucap di Dewan Rakyat, menafikan dakwaan anak dan menantunya (Datuk Adlan) memperoleh kontrak dalam Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Beliau berkata demikian ketika mencelah selepas kekecohan berlaku sebaik Encik Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) membuat dakwaan itu pada awal perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Azam berkata SPRM telah memberi tempoh 30 hari kepada ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir, untuk mengisytiharkan harta seperti dimohon anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Selain itu, katanya, Tan Sri Mokhzani dan abangnya, Encik Mirzan Mahathir, boleh mengemuka permohonan lanjutan tambahan, jika proses berkenaan gagal dilengkapkan pada tempoh ditetapkan, tetapi ia bergantung kepada keperluan dari semasa ke semasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >