Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Cabaran PAS buktikan mampu tadbir urus isu ekonomi, pembangunan

Oct 29, 2023 | 05:30 AM



Oleh Dr Norshahril Saat

Muktamar atau perhimpunan agung tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) baru-baru ini berjalan agak lancar, dengan pemimpin utama termasuk presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya.

Cabaran utama masa hadapan parti itu ialah menebarkan jaringan lebih luas untuk membuktikan kelayakan tadbir urusnya dalam isu ekonomi dan pembangunan.

Pada perhimpunan itu, beliau akan mengekalkan jawatannya sehingga 2025. Beliau telah pun berada di puncak kepimpinan parti selama dua dekad. Lima jawatan tertinggi kepimpinan parti tidak dipertandingkan.

Selain Tan Sri Abdul Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man juga kekal sebagai Timbalan Presiden PAS, manakala tiga naib presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Seri Idris Ahmad, dan Datuk Mohd Amar Abdullah turut mengekalkan jawatan masing-masing. PAS memilih 18 ahli jawatankuasa eksekutifnya, dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menerima jumlah undian tertinggi; diikuti ahli parlimen Encik Ahmad Fadli Shaari; dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Secara keseluruhan, 22 ahli mengajukan nama mereka dalam pemilihan tersebut. Ahli-ahli majlis dipilih menerusi undian oleh perwakilan dari seluruh negara. Kali ini, seramai 1,356 perwakilan atau 84 peratus membuang undi.

Keputusan ini menunjukkan bahawa tiada pesaing kuat untuk menggantikan kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi atau tiada sesiapa yang berani mencabar disiplin parti yang telah beliau terapkan.

Bezakan ini dengan Muktamar 2015 yang menyaksikan PAS berpecah antara puak ulama, puak progresif/profesional, dan Anwarinas (pro-Anwar Ibrahim). Puak yang kedua termasuk Datuk Seri Muhammad Sabu (Mat Sabu), Encik Khalid Samad, dan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang meninggalkan parti itu pada 2015 untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Enam tahun selepas perpecahan, beliau telah membina semula parti, menyatukan pangkalan sokongannya dan membentuk kelas profesional yang setia untuk bekerjasama dengan ulama parti.

Tan Sri Abdul Hadi adalah salah seorang daripada tiga anggota parlimen paling kanan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen. Ada yang menggembar-gemburkan beliau sebagai calon perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kuasa, memandangkan PAS mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tan Sri Muhyiddin dalam pembangkang. Beliau tidak pernah menyatakan secara terbuka hasrat mahukan jawatan teratas itu.

Namun, beliau mahu berpegang teguh kepada parti yang diperkasakannya. Sebagai tokoh paling kanan PAS, beliau tidak mungkin akan dicabar sehingga beliau secara sukarela berundur daripada politik.

Sebelum ini, orang yang memegang jawatan sebagai murshidul am adalah tokoh yang paling disegani dalam PAS, tetapi ini nampaknya dibayangi oleh jawatan presiden Tan Sri Abdul Hadi. Beliau adalah orang terakhir yang masih bertahan sejak pengambilalihan parti oleh golongan ulama pada 1980-an.

Mantan presiden sezamannya, Datuk Ustaz Fadzil Noor; pembimbing rohani, Ustaz Yusof Rawa; serta Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Haron Din, semuanya telah meninggal dunia.

Dengan Tan Sri Abdul Hadi masih menerajui PAS, wawasan memenangi hati dan fikiran orang bukan Melayu akan menjadi satu perjuangan yang sukar — jika PAS hanya mahu mentadbir Malaysia tanpa bantuan rakan pakatan.

PAS boleh dikatakan sebagai parti terkuat di negara ini selepas kemenangan kukuh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 serta Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN 2023) pada Ogos.

Ia kini merupakan blok parti terbesar di Parlimen dengan 42 kerusi daripada 222 (asalnya 43, sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya membatalkan kerusi Kemaman di Terengganu). Kehadirannya di Parlimen adalah lebih besar daripada mana-mana parti politik di Malaysia.

Pada PRN 2023 lalu, PAS memenangi 126 daripada 245 kerusi yang ditandinginya, menjadikannya parti berprestasi terbaik. Ia kini menguasai Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis. Bagaimanapun, ia bergelut untuk meraih undi daripada bukan Melayu dan penduduk Melayu di bandar.

Persoalannya ialah sama ada ‘kuda perang tua’ seperti Tan Sri Abdul Hadi akan menjadi batu penghalang bagi PAS untuk terus meraih kemenangan dalam pilihan raya.

Dalam ucapannya baru-baru ini, Tan Sri Abdul Hadi mengulangi haknya untuk menyentuh isu 3R: kaum, agama dan institusi diraja. Sebaliknya, Kerajaan Perpaduan telah memberi isyarat tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mempolarisasikan negara. Tan Sri Abdul Hadi telah disoal siasat beberapa kali oleh polis kerana menghasut.

Tidak dinafikan Tan Sri Abdul Hadi akan mengukuhkan asas sokongan Melayu/Islam terhadap PAS. Namun, PAS mungkin memerlukan dorongan tambahan untuk menembusi kubu Pakatan Harapan (PH) yang berbilang kaum dan di kawasan bandar. Kepimpinan berterusan Tan Sri Abdul Hadi tidak memberikan isyarat yang betul bahawa perubahan akan berlaku.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi dimensi kepada barisan kepimpinan parti. Ia telah memprofilkan golongan profesional muda, termasuk ketua menteri dari empat negeri (Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis), secara kolektif digelar SG4, sebagai PAS baru. Ini bermakna parti itu tidak lagi semata-mata bergantung kepada modal agama, tetapi memanfaatkan kepakarannya dalam isu ekonomi dan pembangunan.

Baru-baru ini, SG4 bekerjasama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat penampilan yang tidak pernah berlaku di Muktamar, untuk membincangkan cara membawa pembangunan ekonomi di empat negeri itu. Ini adalah langkah taktikal untuk menunjukkan PAS serius untuk membaiki hubungan dengan negarawan itu, dan menumpukan kepada pemerintahan yang baik, terutamanya dalam isu ekonomi dan pembangunan.

Selagi pemimpin profesional ini memberi tumpuan kepada tugas dan tidak menimbulkan sebarang cabaran ideologi kepada Tan Sri Abdul Hadi dan ulama lain, PAS akan mengekalkan keseimbangan ulama-profesional yang gagal pada 2015. Buat masa ini, reformasi dalam PAS masih dalam proses.

Nota: Penulis ialah Zamil Kanan dan Penyelaras di Program Kajian Sosial dan Budaya Serantau, Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) – Institut Yusof Ishak. Artikel ini pertama kali diterbitkan di laman Felcrum kendalian Iseas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >