Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Daripada Lee Kuan Yew hingga Lawrence Wong: Era peralihan pemimpin S’pura

Apr 22, 2024 | 05:31 AM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pada 15 April.

Berikut sorotan bagaimana Singapura mengendalikan peralihan kuasa oleh pemimpin politiknya lapor The Straits Times: Daripada Perdana Menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew; kepada barisan Perdana Menteri iaitu Encik Goh Chok Tong, Encik Lee Hsien Loong dan Encik Wong yang bakal menjadi Perdana Menteri.


Lee Kuan Yew kepada Goh Chok Tong

1984: Encik Lee Kuan Yew mengumumkan beliau mahu menyerahkan jawatannya menjelang 1988 apabila mencecah usia 65 tahun.


Disember 1984: Menteri Kewangan, Dr Tony Tan, menganjurkan pertemuan di rumahnya untuk rakan-rakan Kabinet generasi kedua memilih pemimpin mereka. Kumpulan itu, termasuk Encik Ong Teng Cheong, Encik S. Dhanabalan, Profesor S. Jayakumar, Dr Yeo Ning Hong, Dr Ahmad Mattar dan Encik Lee Hsien Loong, membuat keputusan mengenai Encik Goh Chok Tong sebelum beliau tiba.


31 Disember 1984: Encik Goh mengetuai sidang media di Istana untuk mengumumkan barisan Kabinet baru. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Pertama, dan Encik Ong sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua. Encik Ong berkata bahawa jika tidak berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, Encik Goh akan menjadi Perdana Menteri seterusnya.


1988: Selepas Pilihan Raya Umum pada September 1988, Goh yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mahu dua tahun lagi sebelum mengambil alih jawatan.


13 Jun 1990: Semasa perbahasan mengenai Ucapan Presiden di Parlimen, Encik Goh berkata beliau akan mengambil alih daripada Encik Lee sebagai Perdana Menteri pada November. Beliau juga berkata beliau akan mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri.


15 Oktober 1990: Encik Goh mengadakan sidang media ringkas di lapangan terbang sebelum lawatannya ke Hong Kong dan mengumumkan bahawa beliau akan mengangkat sumpah pada 28 November.


28 Nov 1990: Encik Lee dan Kabinetnya berundur. Encik Goh mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di City Hall, bersama-sama anggota Kabinetnya.


Goh Chok Tong kepada Lee Hsien Loong

17 Ogos 2003: Encik Goh menamakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Hsien Loong, sebagai pengganti pilihannya semasa ucapan dalam Rapat Hari Kebangsaan. Encik Goh berkata beliau telah mendapat maklum balas daripada rakan-rakan Kabinet dan Anggota Parlimen (AP), dan Encik Lee juga adalah pilihan mereka.


22 Mei 2004: Sekumpulan 10 menteri muda sebulat suara mencalonkan Encik Lee sebagai pemimpin generasi ketiga (3G) di majlis makan tengah hari oleh Menteri Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri.


31 Mei 2004: Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengeluarkan kenyataan bahawa jawatankuasa eksekutif pusat parti telah memutuskan pada 29 Mei bahawa Encik Lee akan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Sehari sebelumnya, pada 28 Mei, AP PAP bermesyuarat dan sebulat suara menyokong pemilihan Encik Lee, dalam proses pengesahan yang diperkenalkan oleh Encik Goh.


17 Julai 2004: Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Encik Lee akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos, dengan Encik Goh melepaskan jawatan pada hari yang sama.


10 Ogos 2004: Encik Goh dan Kabinetnya, termasuk Encik Lee, menyerahkan peletakan jawatan mereka kepada Presiden S. R. Nathan. Presiden melantik Perdana Menteri baru dan Kabinetnya.


12 Ogos 2004: Peletakan jawatan Encik Goh berkuat kuasa. Encik Lee mengangkat sumpah dan memberikan ucapan sulungnya.


22 Ogos 2004: Encik Lee menyampaikan ucapan di Rapat Hari Kebangsaan sulungnya sebagai Perdana Menteri.


Lee Hsien Loong kepada Lawrence Wong

4 Januari 2018: Satu kenyataan dikeluarkan oleh 16 menteri daripada pasukan politik generasi keempat (4G) PAP menyatakan bahawa mereka “sedar akan tanggungjawab mereka” untuk memilih pemimpin mereka, dan bekerja rapat sebagai satu pasukan untuk melakukannya pada masa yang baik.


23 November 2018: Dalam satu kenyataan bersama, 32 menteri dan kalangan AP berkata terdapat persetujuan bersama dan pasukan 4G akan diketuai Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.


8 April 2021: Encik Heng berundur sebagai ketua pasukan 4G untuk memberi laluan kepada golongan muda dengan landasan kerjaya yang lebih panjang untuk menerajui negara. Encik Heng selaku Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan berusia pertengahan 60-an pada masa pandemik Covid-19 berakhir, dan akan mempunyai landasan terlalu singkat sebagai Perdana Menteri seterusnya. Pasukan 4G memulakan prosesnya sekali lagi untuk memilih pemimpin.


Mac 2022: Mantan menteri, Encik Khaw Boon Wan, menyelia proses mencari pengganti atas permintaan Encik Lee. Selepas tamat perbahasan Belanjawan 2022, beliau bertemu menteri 4G, menteri Kabinet lain, Speaker Parlimen dan ketua pergerakan buruh, bercakap dengan mereka secara individu, mengenai siapa yang akan mereka pilih untuk mengetuai pasukan 4G.


16 April 2022: Encik Lee mengumumkan Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong akan menjadi ketua pasukan 4G PAP, selepas 15 daripada 19 daripada mereka yang berbincang dengan Encik Khaw menyatakan Encik Wong adalah pilihan utama mereka.


6 Jun 2022: Encik Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet.


5 November 2023: Encik Lee berkata beliau akan menyerahkan jawatan kepada Encik Wong sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijadualkan menjelang November 2025. Menurut Encik Lee, beliau akan berbuat demikian menjelang ulang tahun ke-70 PAP, yang jatuh pada 21 November 2024. Encik Wong berkata beliau sudah bersedia untuk menggalas tugas seterusnya.


15 April 2024: Encik Lee mengumumkan bahawa Encik Wong bakal menjadi Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >