LANGKAH pemerintah Indonesia menaikkan harga minyak atau bahan api lebih 30 peratus bagi mengekang subsidi melambung tinggi baru-baru ini menimbulkan keresahan rakyatnya kerana ia menjejas keluarga dan perniagaan kecil negara itu. Ribuan pekerja dan penduduk dilaporkan mengadakan bantahan di beberapa bandar negara itu, termasuk ibu kota Jakarta.
Sebelum itu, krisis ekonomi paling buruk di Sri Lanka setelah kehabisan simpanan tukaran asing hingga tidak mampu membiayai import barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan, diburukkan lagi terputus bekalan elektrik sering terputus dengan Lembaga Elektrik Ceylon (CEB) tidak berupaya membeli minyak untuk kegunaan generator. Kenderaan dilaporkan beratur panjang di stesen minyak menanti giliran membeli minyak.