Singapura kini giat berusaha memerangi denggi sedang jumlah kes melonjak ke paras rekod. BERITA HARIAN (BH) menyusur usaha yang dijalankan untuk mengurangkan jumlah nyamuk Aedes-aegypti, yang juga vektor denggi utama di sini, serta apakah pendekatan yang diambil negara lain untuk memerangi denggi.
SINGAPURA kini sedang berada di tengah-tengah gelombang denggi yang besar, dengan lebih 15,000 kes dilaporkan dalam 24 minggu pertama tahun ini.