Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Warga Singapura yang miliki rumah di JB kini lebih berwaspada

jb CB
Jun 11, 2023 | 05:30 AM



Panggilan yang diterima syarikat pembersihan dan kawalan haiwan pemusnah atau ‘pest control’ di Johor Bahru (JB) meningkat hampir dua kali ganda selepas sempadan antara Singapura dengan Malaysia dibuka April 2022.

Syarikat kawalan haiwan pemusnah turut memberitahu Berita Minggu (BM) lebih ramai warga Singapura yang kini mengambil langkah bagi memastikan rumah mereka terlindung daripada serangan haiwan pemusnah seperti anai-anai dan tikus.


Antaranya dengan memasang stesen pemantau atau membuat pemeriksaan kerap, menurut pengurus ProPest Solutions Malaysia Sdn Bhd, Cik Celine Chiah.

Semasa ditemui BM di pejabatnya di Taman Ekoperniagaan, Johor Bahru (JB) baru-baru ini, Cik Chiah berkata syarikatnya mula menerima panggilan daripada pelanggan Singapura beberapa bulan sebelum sempadan dibuka.

Jumlah panggilan yang diterima sebaik sempadan dibuka pula meningkat lebih separuh berbanding tempoh sebelum pandemik, katanya.

“Warga Singapura yang ada rumah di JB pada masa itu memang tak boleh balik, dan ada yang menggunakan ‘courier’ untuk hantar kunci kepada kami untuk memeriksa rumah mereka yang dah ditinggalkan lebih dua tahun,” kata Cik Chiah, sambil menambah ini termasuk pelanggan tetap syarikat tersebut dan juga pelanggan baru.

Antara keadaan paling teruk yang perlu dihadapi kakitangannya adalah rumah yang mempunyai masalah tangki bocor dan juga anai-anai.

“Tangki di rumah itu bocor dan air keluar hinggakan lantai tingkat pertama rumah itu habis lecak.

“Oleh kerana keadaan lembap, anai-anai pun masuk, jadi kerosakan rumahnya agak teruk,” kata beliau.

Syarikat yang menyediakan khidmat kawalan haiwan pemusnah juga seringkali bekerjasama dengan syarikat pembersihan JB untuk menguruskan keadaan rumah yang tidak dihuni semasa tempoh sempadan ditutup, menurut pengurus pemasaran syarikat pembersihan MamaLove Cleaning, Encik Pah Chong Tat, atau lebih dikenali sebagai ‘Vincent’.

Menurutnya, kakitangan pembersihan syarikat tersebut perlu bekerja hingga 18 jam sehari – berbanding masa bekerja biasa lapan jam sehari – semasa tempoh sekitar empat bulan selepas sempadan dibuka.

Ini disebabkan permintaan yang melambung – dua kali ganda sehari – untuk khidmat pembersihan rumah semasa tempoh tersebut, ujar Encik Pah.

“Permintaan yang meningkat itu kebanyakannya daripada warga Singapura yang dah lama tinggalkan rumah mereka.

“Semasa tempoh MCO (Perintah Kawalan Pergerakan), kami biasanya terima 10 hingga 15 panggilan sehari untuk khidmat pembersihan.

“Namun, selepas sempadan dibuka, jumlah tersebut meningkat dua dan kadangkala tiga kali ganda,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah panggilan yang diterima sekarang kian stabil.

Menurut Encik Pah, kakitangannya biasa akan mengambil masa sekitar lapan jam untuk membersihkan rumah, bergantung kepada saiz rumah dan juga keadaannya.

Pengarah pengurusan Anticimex, yang menyediakan khidmat kawalan haiwan pemusnah, Encik Marcus Voon, memberitahu BM lebih ramai rumah yang memilih kontrak yang merangkumi pemeriksaan kerap.

“Ramai yang lebih berhati-hati dan sedar bahawa dengan pemeriksaan kerap, masalah-masalah serangan serangga atau haiwan boleh dielakkan,” kata Encik Voon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >