SERAMAI 34 penderma Club-100@North West telah diraikan semalam atas derma berterusan mereka selama lima tahun.
Mereka menerima karya buatan tangan penerima bantuan program North West Care dan Repair di Jamuan Makan Malam Club-100@North West 2016 di Parlimen.