Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

48 pengakap terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Presiden Halimah

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 48 anggota pengakap Singapura dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Persatuan Pengakap Singapura (SSA) oleh Presiden Halimah Yacob semalam.



Puan Halimah, yang juga merupakan Ketua Pengakap SSA, menyampaikan anugerah tersebut sewaktu majlis hibrid yang diadakan di Istana dan juga menerusi Zoom.



Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengiktiraf individu atas sumbangan cemerlang mereka kepada pergerakan pengakap.



Dalam kenyataannya semalam, SSA berkata majlis anugerah yang biasanya diadakan setiap tahun dan terpaksa ditangguhkan tahun lalu, merai pencapaian penerima bagi 2020 dan 2021.



Mereka yang dicalonkan dinilai oleh jawatankuasa anugerah, yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan.



Antara penerima anugerah tersebut adalah mantan presiden SSA, Encik Tan Tee How yang menerima Pingat Emas.



"Sebagai Presiden SSA dari 2011 hingga 2020, Encik Tan mengetuai beberapa inisiatif yang mengukuhkan usaha pengakap dalam masyarakat dan tadbir urus korporat.



"Kepimpinannya di Pusat Pembangunan Kepimpinan Sands meningkatkan kegiatan luar dan pembangunan kepimpinan.



"Usaha-usaha ini membuka pergerakan pengakap kepada lebih ramai golongan muda.



"Jasa dan kepimpinan beliau yang tidak mengenal erti penat lelah mencerminkan nilai-nilai pengakap melalui khidmat bakti sepanjang hayat kepada masyarakat," kata SSA.



Menerusi catatan di Facebook semalam, Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah sambil berharap pengakap yang lebih muda akan rasa lebih terangsang oleh nilai-nilai ketahanan dan komitmen yang ditunjukkan penerima.



Antara 48 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini termasuk tiga institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Nan Hua, Sekolah Menengah Zhonghua dan Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim.



Selain itu, Lembaga Taman Negara (NParks) juga diiktiraf atas sokongan dan sumbangan cemerlang mereka kepada pergerakan pengakap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >