Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli muda galas tanggungjawab baru dalam jawatankuasa eksekutif pusat WP

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



PARTI Pekerja (WP) telah melantik pemegang jawatan baru selepas badan pembuat keputusan tertingginya bertemu kelmarin, dengan anggota muda parti itu menggalas tanggungjawab baru.



Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik He Ting Ru, 37 tahun, dan yang bertanding dalam pilihan raya umum tahun lalu di GRC East Coast, Encik Kenneth Foo, 43 tahun, sama-sama dilantik sebagai timbalan setiausaha penganjur dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu, lapor The Straits Times.



Jawatan itu sebelum ini diterajui suami Cik He, Encik Terence Tan, yang bukan lagi anggota CEC.



Cik Raeesah Khan, 27 tahun, yang juga AP GRC Sengkang, mengambil alih jawatan timbalan bendahari daripada Cik Lee Li Lian, yang juga mengundurkan diri daripada CEC.



AP GRC Aljunied, Encik Leon Perera, 50 tahun, akan mengetuai pasukan media parti itu selepas berkhidmat sebagai timbalan pengerusi pasukan tersebut, dan presiden cabang belia parti itu sebelum ini.



Beliau menggantikan Profesor Madya Daniel Goh, mantan AP Tanpa Kawasan Undi dan ketua pasukan media sebelum ini.



AP GRC Sengkang, Encik Louis Chua, 33 tahun, mengambil alih sebagai timbalan ketua pasukan media manakala calon GRC East Coast, Cik Nicole Seah, 34 tahun, kini merupakan presiden cabang belia parti itu.



Parti itu juga mewujudkan dua jawatan baru, iaitu Encik Gerald Giam daripada GRC Aljunied menerajui peranan ketua pasukan penyelidikan dasar manakala Profesor Madya Jamus Lim, 44 tahun, daripada GRC Sengkang dilantik sebagai timbalan ketuanya.



Encik Giam, 43 tahun, juga mengekalkan jawatannya sebagai bendahari parti.



Jawatan lain dalam CEC itu tidak berubah, iaitu Encik Faisal Manap, 45 tahun, daripada GRC Aljunied kekal sebagai naib pengerusi dan AP SMC Hougang, Encik Dennis Tan, 50 tahun, terus menjadi setiausaha penganjur.



Mantan ketua parti, Encik Low Thia Khiang, 64 tahun, dan mantan AP SMC Hougang, Encik Png Eng Huat, 59 tahun, kekal sebagai anggota CEC.



Setiausaha agung WP, Encik Pritam Singh, 44 tahun, dan pengerusi parti, Cik Sylvia Lim, 55 tahun, dipilih semula bagi jawatan mereka tanpa tentangan semasa pilihan raya dalaman parti itu pada 27 Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >