ANGGOTA Parlimen Kawasan Undi Perseorangan (SMC) MacPherson, Cik Tin Pei Ling, giat mendekati penduduk kawasan tersebut, termasuk mengenal pasti penduduk hamil dan memberi mereka perkembangan terkini mengenai Zika.
Ini setelah seorang penduduk wanita di Aljunied Crescent di bawah kawasan undi itu disahkan sebagai kes pertama jangkitan virus Zika yang berlaku di negara ini.