Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

Bazar Raya, pelbagai pilihan jadi tarikan

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN tidak mempunyai kenderaan sendiri, Cik Athirah Rosechan dan rakannya, Cik Siti Nurdiana Khairuddin, sanggup menaiki bas awam yang disediakan dari Singapura untuk ke Johor Bahru.



Mereka telah bertemu di pusat tukaran bas Woodlands pada Khamis lalu sebelum menaiki bas Causeway Link untuk ke seberang Tambak.



Setelah melepasi kastam Johor, kedua-dua Cik Athirah, 22 tahun dan Cik Nurdiana, 27 tahun, menempah khidmat sewa kereta, Grab, untuk ke Plaza Angsana.



Ini merupakan kali pertama mereka memasuki Johor selepas sempadan darat dibuka semula pada 1 April lalu.



"Kami memang telah merancang untuk memasuki JB pada hari kami berdua mempunyai masa lapang.



"Setelah dua tahun tidak ke JB, kami rindu dengan suasana di sini, lebih-lebih lagi dengan bazar Ramadan yang sedang diadakan.



"Kami banyak mendengar dan melihat suasana meriah di JB menerusi media sosial, jadi kami ingin merasakannya sendiri," kata Cik Athirah yang ditemui ketika sedang berbuka puasa berdekatan bazar Raya Angsana.



Selain meluangkan masa dari jadual sibuk mereka untuk menikmati suasana bazar Ramadan di sana, kian ramai rakyat Singapura, sama ada muda dan tua, telah merentas Koswe untuk mencari tawaran hebat sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.



Antara mereka termasuk rakan karib, Cik Tanti Juressa Ong dan Cik Azlinah Omari, kedua-duanya berusia 50 tahun.



Mereka berdua telah memasuki Johor untuk mencari pakaian Hari Raya baru serta juadah berbuka sebelum pulang ke tanah air.



Ketika ditemui, Cik Tanti dan Cik Azlinah sedang sibuk mencuba baju kurung di butik Tetamu yang terletak di Plaza Angsana.



"Kalau hendak dibandingkan dengan Singapura, di Johor kami mempunyai banyak lagi pilihan baju dengan rekaan yang cantik. Harganya pun agak murah." kata Cik Tanti, pemilik restoran Cahaya Singapura di Kallang Avenue.



Ini juga bukan kali pertama dua sekawan itu telah memasuki Malaysia sejak sempadan dibuka semula.



Bagi Cik Azlinah, beliau telah ke JB sebanyak empat kali sejak awal bulan ini.



"Memang banyak tawaran menarik di sini. Selain mendapatkan barangan keperluan rumah, saya juga dapatkan barangan untuk keluarga," ujarnya.



Ada pula rakyat Singapura yang mengambil kesempatan pembukaan semula sempadan ini untuk membeli barangan keperluan dapur, seperti pasangan suami isteri, Encik Zailani Hisham dan Cik Nurliah Isnin.



"Kita dapat jimat sedikit apabila berbelanja di sini," kata Encik Zailani yang telah mengunjungi pasar raya besar Giant di Leisure Mall.



Dengan kesempatan ini, rakyat Singapura yang ditemui berkata mereka pasti akan kembali ke Malaysia bukan sahaja untuk membeli-belah, malah untuk melancong.



"Mungkin lepas Hari Raya, saya akan bawa keluarga saya melancong ke Melaka atau Kuala Lumpur dan bertemu saudara-mara di sana," tambah Encik Zailani. - FAKHRURADZI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >