Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru dijel kerana perbuatan tidak senonoh dengan murid

Sep 29, 2016 | 10:22 AM



SEORANG guru sekolah rendah menurunkan zip seluar pendek muridnya untuk melihat seluar dalam yang dia belikannya, dan dalam satu lagi kejadian, menyuruh budak lelaki itu menurunkan zip seluarnya hingga mendedahkan seluar dalamnya kepada murid itu, mahkamah diberitahu pada Rabu (28 Sep).



Colin Ting Fook Mun, 41 tahun, yang berhenti mengajar satu hingga satu setengah tahun lalu, mengaku bersalah terhadap tiga daripada lapan tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang budak, dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.



Perbuatan-perbuatan itu berlaku di sekolah antara Mac dan September 2014 dan pada Januari tahun lepas.



Siasatan mendapati pada beberapa waktu pada September 2014, Ting menyuruh murid itu membantunya membawa beberapa bahan kelas ke bilik guru selepas kelas.



Semasa mereka berjalan kembali ke bilik darjah, Ting berhenti di luar tandas lelaki dan memberi budak itu beg plastik mengandungi tiga pasang seluar dalam.



Dia menyuruh murid itu mencuba seluar dalam hitam. Budak itu menurut katanya.



Apabila budak itu keluar dari tandas, Ting memberitahunya dia mahu melihat seluar dalam tersebut.



Ting kemudian menurunkan zip seluar pendek kanak-kanak itu dan melihat seluar dalamnya sekejap sebelum menaikkan semula zip itu.



Ting memberi baki dua pasang seluar dalam itu kepada murid tersebut selepas sekolah berakhir hari itu.



Pada Januari tahun lalu, Ting membeli kira-kira enam pasang seluar dalam untuk dirinya dan memberitahu mangsa. Dia memakai seluar dalam berbeza setiap hari dan menyuruh budak itu tunggu selepas sekolah setiap hari untuk melihat seluar dalamnya.



Pada 5 Januari dan 6 tahun lepas, apabila Ting bersendirian dengan budak itu, dia menyuruhnya menurunkan zip seluarnya supaya mangsa dapat melihat seluar dalamnya. Budak itu melakukannya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) James Chew berkata budak itu tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut kerana dia takut, dan Ting memberitahunya supaya jangan memberitahu sesiapa.



Kejadian itu terdedah pada April tahun lalu apabila ibu mangsa bertanya kepadanya mengapa dia ditahan di sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >