Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bil elektrik lebih rendah dari Apr

Apr 01, 2023 | 05:30 AM



PENGGUNA di Singapura akan membayar bil elektrik lebih rendah pada suku April-Jun apabila tarif turun secara purata 5.4 peratus daripada suku pertama.



Bagi isi rumah, tarif elektrik sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan turun daripada 28.95 sen kepada 27.43 sen setiap kilowatt sejam (kWh) mulai Sabtu hingga 30 Jun, kata SP Group pada Jumaat.



Mengambil kira kadar GST sebanyak 8 peratus sejak 1 Januari, tarif baru itu ialah 29.62 sen, turun daripada 31.27 sen antara Januari dengan Mac.



Ini bermakna purata bil elektrik bulanan buat keluarga tinggal di flat empat bilik HDB akan turun sebanyak $4.69 sebelum GST.



Bil elektrik sekarang bagi flat berkenaan ialah $89.32, sebelum GST, bagi purata penggunaan bulanan sebanyak 308.52 kWh.



Ia akan menjadi $84.63 bagi penggunaan yang sama mulai April.



Ini adalah suku ketiga berturut-turut tarif elektrik merosot.



Tarif itu telah meningkat sejak April 2021 di tengah-tengah krisis tenaga global, tetapi turun sedikit sebanyak 0.43 peratus setiap kWh pada suku terakhir 2022.



Penurunan tarif disebabkan kos tenaga lebih rendah, kata SP, sambil menambah bahawa kos tenaganya telah menurun sebanyak 1.86 sen setiap kWh, walaupun kos lain meningkat.



Kos itu, yang dibayar kepada syarikat penjana kuasa, diselaraskan setiap suku tahun untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kuasa.



Sementara itu, City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip, juga mengumumkan pada Jumaat bahawa tarif gas bagi isi rumah sebelum GST akan turun sebanyak 0.16 sen setiap kWh, daripada 21.84 sen setiap kWh kepada 21.68 sen setiap kWh mulai Sabtu hingga 30 Jun.



Tarif yang disemak selepas GST ialah 23.41 sen setiap kWh. Ia mengaitkan kejatuhan tarif gas kepada kos bahan api yang lebih rendah daripada pada suku sebelumnya.



 



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >