Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dalang kes culik ibu bos Sheng Siong mula dibicara

Aug 30, 2016 | 11:51 AM



SEORANG eksekutif penjualan, Lee Sze Yong, yang didakwa menetaskan rancangan menculik ibu bos pasar raya Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, pada 2014, dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (30 Ogos).



Rakannya, Heng Chen Boon, 51 tahun, sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah tahun lalu terhadap tuduhan yang dikurangkan membantu Lee menculik Cik Ng Lye Poh.



Lee, 44 tahun, masih menghadapi tuduhan menculik. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.



Dia didakwa menculik Cik Ng di Hougang Avenue 2 pada 8 Jan 2014, dengan niat menahan beliau untuk mendapatkan wang tebusan $20 juta.



Mahkamah diberitahu bahawa Lee berbohong kepada Cik Ng kononnya Encik Lim terjatuh di pejabat. Cik Ng, yang berusia 79 tahun ketika itu, masuk ke dalam kereta Lee lalu matanya ditutup.



Beliau tidak mengalami sembarang kecederaan dan dibebaskan selepas anaknya meletak wang tebusan $2 juta di Taman Sembawang.



Lee dan Heng ditangkap pada 1 pagi esoknya. Kesemua wang tebusan itu didapatkan semula.



Ia kes penculikan bagi wang tebusan pertama di Singapura dalam lebih satu dekad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >