Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara 6 bulan kerana hasut keganasan dalam talian

Oct 21, 2016 | 09:35 AM



SEORANG hakim yang memenjarakan seorang lelaki pada Khamis (20 Okt) kerana menyiarkan komen dalam talian mengandungi hasutan kepada keganasan, mengambil peluang mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan apa yang mereka siar dalam talian.



"Garis pemisah antara sekadar meluahkan kekecewaan dan dalam berbuat demikian, membawa kepada hasutan keganasan mungkin halus," kata Hakim Daerah Crystal Ong.



Chia Choon Kiat, kata Cik Ong, melintasi garis pemisah itu dan beliau mendapati tindakannya menubuhkan sebuah laman Facebook untuk menyasarkan pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) "lebih-lebih lagi memburukkan" kesalahannya.



Sebuah video lima minit perbuatan membunuh babi secara "amat kejam dan ngeri" yang Chia, 41 tahun, muat naik ditunjukkan di mahkamah apabila dia mengaku bersalah bagi tiga daripada lapan tuduhan. Dia tulis: "Mari lakukannya pada Pegawai Puntung Rokok NEA."



Hakim Ong berkata itu, bersama komen lainnya, menggambarkan seorang lelaki yang menyimpan kebencian membarah terhadap pegawai NEA.



Chia, yang menggunakan nama Rambo Kuasa, pemilik dan pentadbir laman Facebook bertajuk Cigarette Butt Warriors. Dia menubuhkan laman itu Disember lalu untuk melancarkan kempen kebencian dalam talian terhadap pegawai NEA, berkaitan denda yang dikenakan ke atasnya 10 tahun lalu kerana membuang rokok dalam longkang.



Selain dua pos yang menyasarkan pegawai NEA pada 24 Jan dan 29 Jan, Chia memuat naik pos pada 6 Feb berserta pautan ke artikel berita Yahoo bertajuk Kami Tidak Dapat Memaafkan Cara Anak Saya Dilayan: Bapa Benjamin Lim Dalam Surat Terbuka.



Benjamin, 14 tahun, meninggal dunia selepas terjatuh sejurus setelah dibebaskan daripada tahanan polis kerana didakwa mencabul kehormatan seorang budak perempuan.



Chia, seorang pekerja pemasaran Internet, menulis: "Apabila orang sudah tidak boleh tahan... perlu ambil tindakan sendiri. Harap dedahkan identiti 5 pegawai preman itu dan kita sendiri pergi kerjakan mereka. Bunuh mereka."



Laman Facebook All Singapore Stuff mengambil pos Chia dan berkata seorang "netizen sedang mengamuk" "menggalak keganasan terhadap polis" dan menggesa tindakan diambil terhadapnya.



Chia dihukum penjara enam bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >