Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dirompak dan diserang 10 lelaki di Simpang Renggam

Nov 03, 2016 | 05:30 AM



USAHAWAN muda Herman Zaidin dirompak dan diserang lebih 10 lelaki yang tidak dikenali apabila beliau memandu seorang diri di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Simpang Renggam dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Singapura, Ahad lalu.



Menurut peniaga 31 tahun itu, beliau sedang memandu sekitar 11.30 malam di lorong paling kiri lebuh raya itu apabila seorang penunggang motosikal seakan merempuh belakang keretanya, menyebabkan penunggang itu terjatuh daripada motosikalnya.



"Lelaki itu kemudian bangun dan menyuruh saya menurunkan tingkap kereta dan memaksa agar saya memberinya duit.



"Pada ketika itu juga, tiba-tiba lebih 10 lelaki berbangsa Melayu menghampiri dan mengerumuni kereta saya.



"Rupanya tindakan penunggang motosikal itu hanya sebagai satu helah agar saya berhenti," kata beliau yang sering berulang-alik Singapura-Kuala Lumpur atas urusan kerja.



Lelaki yang mengelilinginya termasuk mereka yang bermotosikal.



Lebih menakutkan mereka menggunakan sepana dan memecahkan cermin depan keretanya.



Mereka kemudian memaksanya membuka pintu dan keluar dari kereta.



"Oleh sebab keadaan lalu lintas ketika itu agak sesak, saya tidak dapat memecut kereta saya. Apabila saya membuka pintu kereta, mereka mula menumbuk dan menendang saya," kata beliau yang enggan keluar daripada keretanya meskipun dipaksa.



Lebih teruk, salah seorang lelaki itu telah memukul mata kirinya dengan sepana. Walaupun berjaya dielaknya, ia tetap mengakibatkan pembuluh darah matanya pecah.



Mereka kemudian memaksanya menyerahkan dompet dan mengambil wang $300 dan RM400 ($132) yang terdapat dalam dompetnya itu.



Perompak itu juga merampas kamera kereta, alat pengecas telefon bijak powerbank serta telefon bimbitnya. Namun mereka mengembalikan kad SIM Encik Herman.



"Mereka juga memaksa saya membuka but kereta dan merampas komputer riba saya sebelum melarikan diri," ujarnya, yang turut berasa sedih kerana tiada sesiapa memberi bantuan walaupun lalu lintas sesak dan kereta berhimpit-himpit antara satu sama lain.



"Jadi saya tawakal dan teruskan memandu sekitar 80 kilometer lagi dengan sebelah mata lebam dan penglihatan yang tidak jelas sebelum tiba di kastam Johor," katanya.



Beliau, yang sudah berkahwin, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Kupang.



Semasa membuat laporan, beliau difahamkan ada sebuah lagi keluarga Singapura mengalami nasib serupa - sekumpulan lelaki menyerbu dengan menyerang dengan cara yang sama.



Di Singapura, Encik Herman membuat satu lagi laporan polis.



Jurucakap polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.



Memberikan nasihatnya, Encik Herman berharap pengguna jalan raya lain, terutama rakyat Singapura, yang ke seberang Tambak, agar tidak berhenti apabila berdepan dengan senario yang sama.



"Kalau boleh jangan berhenti. Tetapi semasa kejadian itu, saya tiada pilihan kerana keadaan lalu lintas sesak dan kereta hanya bergerak perlahan sahaja," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >