Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA laksana langkah bagi keselamatan bekalan tenaga

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik dan bahan api selamat di tengah-tengah gangguan sejagat yang menyebabkan harga menjulang ke paras tinggi.



Dalam kenyataan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) semalam, ia akan membentuk kemudahan bahan api tambahan bagi membolehkan syarikat pembekal tenaga (gencos) menjana elektrik jika perlu.



EMA berkata ia sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat gencos untuk memantau tahap bekalan bahan api yang diperlukan.



"Bahan api tambahan tersedia jika bekalan gas terjejas atau mereka perlu memastikan bekalan elektrik yang boleh diharapkan kepada pengguna di Singapura,'' ujar kenyataan EMA.



Beberapa syarikat peruncit elektrik termasuk iSwitch dan Ohm Energy mengumumkan keputusannya meninggalkan pasaran elektrik terbuka.



Mereka menukil sebab pasaran tidak menentu dan pelan harga yang tidak dapat bertahan sebagai sebab keputusan mereka itu.



Laporan lanjut - Pengguna digalak jimat elektrik dalam tempoh tidak menentu: EMA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >