Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Gigih kejar ijazah SUSS dalam industri pembinaan digital

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



PERJALANAN ke menara gadingnya agak panjang dan berliku, namun setelah meraih diploma dalam Kejuruteraan Aeronautik dari Politeknik Singapura, Encik Mohammed Azman Ahmad Said, 35 tahun, mendapati dirinya dalam kerjaya yang kurang diminatinya.



Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana, bapa Encik Azman ialah seorang pekerja buruh dengan kelulusan peringkat sekolah rendah manakala ibunya, seorang suri rumah tangga.



Walaupun tidak mewah, kepentingan pendidikan selalu diterapkan dalam dirinya, kata anak bongsu dalam keluarga dua beradik.



"Saya mempunyai impian ingin menjadi seorang saintis angkasawan sewaktu saya kecil. Tetapi keputusan GCE 'A' saya tidak terlalu baik dan saya tidak dapat memasuki universiti, jadi saya teruskan menjalani Perkhidmatan Negara (NS)," kata Encik Azman mengenang kembali detik-detik permulaannya.



Selepas selesai tempoh NS dan melakukan beberapa pekerjaan sambilan, Encik Azman, yang pada masa itu berumur 25 tahun, digalakkan oleh abangnya, seorang doktor, untuk menyambung pelajarannya.



Setelah tiga tahun, beliau berjaya meraih diploma dalam jurusan Kejuruteraan Aeronautik seperti yang diidamkannya.



Namun pekerjaan pertamanya dalam bidang itu tidak menepati impiannya, dan Encik Azman hilang motivasi untuk bekerja.



Selepas enam bulan, beliau mencari cabang baru untuk pertingkatkan diri dan menyertai program perantis yang dianjurkan oleh majikannya sekarang, AcePLP - firma seni bina, kejuruteraan dan pembinaan.



Menyentuh mengenai cabaran barunya itu, Encik Azman berkata:



"AcePLP menyediakan latihan IT dalam pembinaan, dan menghubungkan saya kepada rangkaian kontraktor dan perunding untuk mengasah kemahiran digital saya dalam Persekitaran Terbina.



"Saya tahu bahawa saya mahu keluar dari industri aeronautik dan program latihan AcePLP memudahkan saya untuk beralih ke industri baru. Sebab itu saya pilih bidang ini sebagai perantis Pengurusan Penyampaian Digital (DDM)."



Walaupun permulaannya mencabar buat Encik Azman, beliau terus cekal dan selepas program perantis dan disokong oleh majikannya, AcePLP, beliau meningkatkan kemahirannya dengan mengikuti tiga lagi kursus Diploma Kepakaran yang berkait dengan industri itu di Akademi Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).



"Saya telah memegang jawatan profesional DDM selama 5 tahun. Walaupun begitu, pembelajaran tidak berhenti... teknologi berkembang setiap hari dan sentiasa akan ada perisian dan proses baru untuk meningkatkan kecekapan pembinaan.



"Adalah penting bagi saya untuk terus menimba ilmu dalam inovatif digital baru dan menyandarkan pengalaman kerja saya dengan pengajian akademik formal. Untuk itu, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam Pengurusan Bangunan dan Projek."



Dengan azam yang kuat dan dan tidak putus semangat, Encik Azman kini pelajar sambilan tahun kedua di peringkat sarjana muda di Universiti Sains Kemasyarakatan (SUSS).



"Mengimbangi pekerjaan dan belajar sambilan tidak mudah. Saya tidak ada banyak masa terluang. Di tempat kerja saya harus menguruskan beberapa projek, dan di sebelah petang, saya tumpukan masa untuk belajar dan ulang kaji," tambahnya lagi.



Agensi sektor pembangunan, buildingSMART Singapura, secara rasmi mengeluarkan Skim Akreditasi Pengurusan Penyampaian Digital (DDM) penuh pada acara penghargaan julung kali untuk rakan kongsi mereka dari Institut Pengajian Tinggi (IHL) yang mengambil bahagian minggu lepas, dirasmikan oleh Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.



Empat peringkat penuh Skim Akreditasi DDM kini dibuka untuk permohonan, mengiktiraf kemahiran dan kecekapan dalam trek Pengurusan Penyampaian Digital yang berdasarkan Rangka Kerja Kemahiran untuk Persekitaran Terbina.



Butiran lanjut boleh didapati di laman http://ddm.buildingsmartsingapore.org/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >