Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik perlahan dalam suku kedua 2023

Jul 28, 2023 | 05:16 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik pada kadar lebih perlahan dalam suku kedua 2023, menunjukkan tanda kenaikan menjadi sederhana.

Ia naik 1.5 peratus dalam suku kedua 2023, lebih rendah berbanding pertumbuhan suku purata 2.5 peratus pada 2022. Tetapi ia masih lebih tinggi berbanding pertumbuhan 1 peratus pada tiga bulan pertama 2023.

Menyatakan demikian dalam kenyataannya pada Jumaat, HDB berkata harga yang menjadi sederhana itu ekoran tawaran bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang mantap serta langkah pemerintah meredakan pasaran seperti menyederhanakan permintaan dan menggalak peminjaman berhemat.

Sejak 30 September 2022, pemilik rumah privet mesti menunggu 15 bulan selepas penjualan rumah mereka sebelum mereka boleh membeli flat jualan semula tanpa geran perumahan. Kriteria untuk pinjaman HDB juga diperketatkan.

Naib presiden kanan bagi kajian dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata kenaikan harga tertinggi adalah bagi flat satu bilik, yang naik 3.6 peratus daripada harga median $237,000 dalam tiga bulan pertama 2023 kepada $245,500 dari April hingga Jun.

Ini diikuti oleh flat eksekutif yang harganya naik 2.3 peratus daripada $800,000 kepada $818,000 dalam tempoh sama.

Harga flat lima bilik naik 1.9 peratus daripada $638,000 kepada $650,000, manakala harga flat empat bilik naik 1.5 peratus daripada $537,000 kepada $545,000.

Sementara itu, bilangan flat jualan semula HDB yang bertukar tangan pada suku kedua 2023 turun 6.7 peratus kepada 6,514 daripada 6,979 pada suku pertama.

Ia juga 4.5 peratus lebih rendah berbanding suku kedua 2022.

Malah, jumlah jualan semula pada suku kedua 2023 adalah paling rendah dalam tempoh tiga tahun lalu, iaitu sejak suku ketiga 2020, kata HDB.

Jumlah jualan paling rendah sebelum itu adalah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan akibat Covid-19 pada suku kedua 2020 apabila 3,426 flat dijual.

Pengurus negara, Singapura, PropertyGuru, Dr Tan Tee Khoon, berkata bilangan urus niaga yang turun sedikit dan harga yang naik pada kadar lebih perlahan itu menunjukkan bahawa harga flat HDB jualan semula telah mencapai puncaknya.

“Sedang pembeli masih sanggup membayar harga premium untuk ruang, terdapat petunjuk jelas bahawa campur tangan pemerintah telah berjaya. Ini dapat dilihat dengan bilangan flat HDB bernilai satu juta dolar yang semakin stabil,” kata Dr Tan.

Beliau menambah, dengan bekalan BTO yang sedang dipulihkan dan pemerintah melancarkan lebih banyak flat BTO, perhatian telah dialihkan daripada pasaran jualan semula.

“Sejumlah besar flat jualan semula dijangka memasuki pasaran dengan sekitar 16,000 flat bakal memenuhi MOP (tempoh penginapan minimum) mereka tahun ini, memberikan pembeli lebih banyak pilihan dan mengurangkan tekanan untuk memadankan harga permintaan yang tinggi,” kata Dr Tan.

Bekalan yang bertambah itu berkemungkinan menyederhanakan lagi harga flat jualan semula, kata Dr Tan, yang meramalkan harga akan naik sikit dan turun sikit pada suku-suku akan datang.

Pegawai Eksekutif Utama ERA Realty, Encik Eugene Lim, berkata angka pada suku kedua 2023 menunjukkan kenaikan harga yang lebih perlahan yang diperhatikan pada suku pertama bukanlah peristiwa terpencil.

“Sebaliknya, ia menunjukkan peralihan ke arah trajektori pertumbuhan yang lebih mampan bagi harga jualan semula HDB berikutan kenaikan harga yang teguh yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >