Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak susut 5% ke paras terendah dalam 8 bulan

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



HARGA minyak susut 5 peratus ke paras terendah dalam tempoh lapan bulan setelah dolar Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua dekad dan kebimbangan kenaikan harga faedah akan mengheret ekonomi dunia kepada kemelesetan, lantas mengurangkan permintaan.



Penanda aras hadapan minyak mentah Brent susut AS$4.31 ($6.16) atau 4.8 peratus pada AS$86.15 ($123) setong dan penanda aras Amerika, West Texas Intermediate (WTI) susut 5.7 peratus kepada AS$78.74.



Ia merupakan minggu keempat berturut-turut penurunan bagi kedua-dua penanda aras, kali pertama ia berlaku sejak Disember.



WTI berada di landasan terendah sejak 10 Januari dan Brent pula pada paras terendah sejak 14 Januari.



Dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus bagi kali ketiga berturut-turut untuk menurunkan inflasi.



Bank-bank pusat di seluruh dunia telah menjejaki langkah Fed untuk menaikkan kadar faedah masing-masing, lantas meningkatkan risiko kelembapan ekonomi.



Bank of England (BoE) misalnya menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5 peratus kepada 2.25 peratus, tertinggi sejak 2008 bagi membendung inflasi tinggi. Ia kenaikan kali ketujuh berturut-turut sejak Disember 2021 dan peningkatan 50 mata asas kedua berturut-turut.



Turut menaikkan kadar faedah ialah bank pusat Indonesia yang menaikkan kadar faedah utamanya buat dua bulan berturut-turut untuk menangani kenaikan inflasi yang disebabkan harga bahan api dan perang di Ukraine.



"Harga minyak menjunam kerana kebimbangan pertumbuhan ekonomi terus menghantui pasaran berikutan komitmen bank-bank pusat untuk memerangi inflasi.



"Kelihatan bank pusat bersedia mengambil tindakan agresif dengan menaikkan kadar faedah yang berupaya melemahkan kededua kegiatan ekonomi dan permintaan jangka pendek minyak mentah," kata Encik Edward Moya, pengamat kanan pasaran di OANDA.



Dolar AS pula berada di landasan untuk ditutup di paras tertinggi berbanding matawang-matawang utama dunia sejak Mei 2002.



Dolar yang kukuh mengurangkan permintaan bagi minyak mentah kerana menjadikan bahan api itu lebih mahal bagi pembeli kerana minyak mentah didagangkan dalam dolar Amerika.



Harga minyak mentah juga dipengaruhi kemerosotan perniagaan di Eropah yang semakin bertambah buruk pada September, menurut satu tinjauan, yang membayangkan kebimbangan kemelesetan mendorong pengguna untuk mengurangkan perbelanjaan dan sedang pemerintah Eropah menggesa rakyat berjimat cermat setelah Russia memotong bekalan gas Eropah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >