Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA akan adakan pangkalan data pengguna sukarela bagi suplemen, ubat tradisional

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) akan memperkenal inisiatif pemberitahuan sukarela bagi syarikat yang berurusan dengan suplemen kesihatan dan ubat tradisional mulai bulan depan.



Inisiatif itu, yang akan dilancarkan secara berperingkat, bertujuan mewujudkan pangkalan data bagi produk kesihatan selamat dan diperakui, yang boleh dirujuk oleh pengguna sebelum membelinya.



HSA menyatakan langkah itu akan membolehkan kebolehkesanan dan tindakan susulan lebih baik oleh pihaknya jika terdapat isu keselamatan atau mutu.



Inisiatif itu akan menjadi pangkalan data umum pertama serupa itu oleh agensi tersebut, kata jurucakap HSA kepada The Straits Times.



Dalam ucapan di Kongres Farmasi Singapura ke-31 semalam, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata:



"Kami berharap ahli farmasi akan memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif ini dengan menasihati pesakit dan pengguna supaya merujuk pada pangkalan data ini apabila menimbangkan mengenai suplemen kesihatan dan ubat tradisional sesuai."



HSA akan bermula dengan produk yang biasa dibeli, seperti suplemen vitamin dan mineral, dan produk berisiko tinggi berkaitan kes pemalsuan, seperti produk penurunan berat badan, melegakan kesakitan dan peningkatan kecergasan lelaki.



Fasa selanjutnya secara beransur-ansur akan merangkumi kategori produk lain.



HSA menyatakan ia menjalankan perundingan industri dan menerima sokongan mereka sebelum melancarkan inisiatif itu.



Ini berlaku selepas ada sebilangan kes baru-baru ini di mana orang ramai mengalami kesan buruk selepas membeli suplemen dan produk kesihatan.



Pihak berkuasa melarang penambahan bahan perubatan seperti steroid dan menetapkan had ketat terhadap logam berat toksik dalam suplemen kesihatan dan ubat tradisional.



Maklumat lanjut tentang prosedur dan keperluan penyerahan boleh didapati di laman web pihak berkuasa https://www.hsa.gov.sg/health-supplements/vns.



Hanya produk yang mematuhi piawaian peraturan yang diperlukan akan dimasukkan ke dalam pangkalan data itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >