Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran 4 produk 'kuruskan badan' kandungi bahan haram

Mar 25, 2021 | 06:56 PM



EMPAT produk yang dijual di laman e-dagang dan platform media sosial didapati mengandungi sibutramine, bahan haram yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.



Empat produk itu ialah Leedee Botanical Beverage Mix Pineapple Juice Powder with African Mango; Quinn S Amyera; Schocolite Double Chocolate Cookies Drink with Hoodia Gordonii Extract and L-Carnitine; dan Flash Slim.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam kenyataannya pada Khamis (25 Mac) berkata seorang lelaki yang telah memakan Flash Slim mengalami kesan sampingan teruk termasuk mual-mual, insomnia dan jantung berdebar-debar.



Produk itu mendakwa dapat membantu pengguna membakar lemak degil dengan keputusannya dapat dilihat dalam sehari hingga lima hari sahaja.



HSA mengingatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk itu, sambil menambah ia sedang bekerjasama dengan platform e-dagang serta media sosial terlibat untuk menghapuskan penjualan produk tersebut.



Para penjual juga telah diberi amaran, lapor The Straits Times.



Pengguna yang sudah menggunakan produk-produk itu dinasihati agar berhenti serta-merta dan berjumpa doktor jika merasa kurang sihat atau risau akan kesihatan mereka.



Sementara itu, HSA berkata orang ramai patut berasa was-was terhadap produk kesihatan yang menjanjikan keputusan yang melampau.



"Tidak ada cara yang cepat dan mudah untuk kurangkan berat badan.



"Penurunan berat badan harus dicapai melalui kombinasi diet seimbang dan senaman yang sesuai," tegas HSA.



Penjual dan pembekal produk yang mengandungi bahan haram atau memudaratkan akan dihukum, tambah pihak berkuasa itu.



Mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga $10,000 atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >