Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran jauhi 'kapsul hentikan gatal' lepas wanita alami tindak balas buruk

HSA
May 05, 2016 | 12:14 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai pada Khamis (5 Mei) supaya mengelakkan produk kesihatan yang dilabel dalam bahasa Cina sebagai 'Kapsul Menghentikan Gatal Herbal Hai Leng Hai Beh', selepas seorang wanita yang mengambilnya mengalami tindak balas buruk.



Dalam satu kenyataan media, HSA berkata wanita berusia 40-an itu membeli kapsul tersebut dari kedai runcit di Malaysia, atas saranan saudaranya, bagi melegakan keadaan kulit gatal.



Walaupun keadaan kulit gatalnya bertambah baik dalam masa sehari mengambil kapsul itu, berat badan beliau naik dengan cepat dan mukanya menjadi bengkak selepas penggunaan biasa kapsul itu dalam tempoh dua bulan.



Beliau disahkan menghidap sindrom Cushing, iaitu sejenis gangguan metabolik.



Kapsul itu mengandungi bahan perubatan kuat, iaitu dexamethasone (steroid), chlorpheniramine (antihistamin) dan paracetamol (ubat penahan sakit), walaupun ia dilabelkan sebagai herba 100 peratus.



Dexamethsone biasanya diberi bagi keadaan radang. Penggunaannya bagi jangka panjangnya tanpa pengawasan boleh menyebabkan sindrom Cushing, serta peningkatan paras glukosa darah, yang menyebabkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak dan penyakit otot dan tulang.



Chlorpheniramine, yang digunakan untuk tindak balas alahan, boleh menyebabkan mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah dan sembelit. Paracetamol juga boleh menyebabkan ruam dan bengkak bibir atau muka.



HSA berkata penjual harus menghentikan penjualan dan pengedaran kapsul itu serta-merta. Mereka yang ditangkap menjualnya boleh dikenakan denda hingga $10,000 dan penjara hingga dua tahun di bawah Akta Racun.



Ia menggalak orang ramai pergi ke laman www.healthdangers.sg untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahaya membeli produk kesihatan daripada sumber meragukan.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penjualan dan pembekalan kapsul atau produk haram lain boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan HSA di talian 6866-3485 semasa waktu pejabat, dari Isnin hingga Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >