Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat Laluan Circle terus lembap dek isu pengisyaratan: SMRT

Aug 30, 2016 | 03:07 PM



PERKHIDMATAN MRT di Laluan Circle terus perlahan pada Selasa (30 Ogos), kerana kerosakan pengisyaratan yang menggangu perkhidmatan pada Isnin berterusan, kata pengendali SMRT.



Penumpang laluan itu boleh menjangka masa tembahan perjalanan hingga lima minit sepanjang Selasa, katanya dalam satu kenyataan.



Penumpang mengadu tentang kelewatan dan kereta api terhenti di Laluan Circle semasa perjalanan pagi mereka pada pagi Selasa.



Kelewatan Laluan Circle itu berlaku pada masa sama satu gangguan selama tiga jam berlaku di Laluan Utara-Selatan, yang SMRT kaitkan dengan kerosakan peralatan pengisyaratan tepi trek berhampiran stesen MRT Choa Chu Kang.



Kelajuan kereta api dan kekerapan perkhidmatan Laluan Circle dilanda masalah pada waktu sibuk pagi Isnin, apabila penumpang mengadu stesen sesak dan komunikasi buruk tentang masalah itu.



Hanya pada petang Isnin barulah SMRT mengumumkan ia disebabkan "isu pengisyaratan terputus-putus".



Ujian dan siasatan telah dijalankan, kata naib presiden SMRT bagi maklumat korporat dan komunikasi, Encik Patrick Nathan, tetapi isu itu belum diselesaikan.



Beliau menambah bahawa SMRT bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan kontraktor bagi mengatasi masalah itu, yang kini telah dikenal pasti sebagai kerosakan dalam komunikasi tanpa wayar antara peralatan pengisyaratan dalam kereta api dan di landasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >