Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan sokongan boleh bantu ibu baru dalam jagaan bayi

Presiden Halimah sokong usaha Kumpulan Sokongan Ibu-ibu yang Menyusukan Anak
Dec 19, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN sokongan bagi golongan ibu boleh membantu ibu-ibu baru membiasakan diri, bukan sahaja mengenai perihal penjagaan bayi mereka, tetapi juga tuntutan emosi ibu bapa.



Oleh itu, kumpulan sokongan seperti Kumpulan Sokongan Ibu- Ibu yang Menyusukan Anak (BMSG) memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan selepas bersalin, kata Presiden Halimah Yacob.



"Menjadi ibu baru boleh menjadi satu pengalaman yang menggembirakan, tetapi kebanyakan ibu mungkin bersetuju bahawa menjaga bayi yang baru lahir juga boleh menjadi sesuatu yang amat meletihkan.



"Selain penekanan terhadap kesejahteraan selepas bersalin, BMSG telah menjalankan kerja dorongan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kebaikan penyusuan susu ibu," kata Puan Halimah dalam catatan Facebook semalam.



Beliau berkata demikian bagi menyokong usaha BMSG yang menyambut ulang tahunnya yang ke-30 semalam.



Sebagai sebahagian sambutannya, BMSG sedang menjalankan usaha mengumpul dana untuk menyokong kegiatan serta perkhidmatannya. Mereka mengadakan sebuah acara dalam talian semalam yang turut dihadiri Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Acara tersebut telah disiarkan di Facebook BMSG. Sewaktu acara itu, BMSG juga telah menayangkan video peringatan yang memaparkan kaunselor dan rakan kongsi BMSG dahulu dan sekarang, serta video penghormatan kepada kaunselor BMSG.



Dalam kenyataannya, kumpulan itu juga berkata, acara maya itu turut menampilkan lelongan karya seni artis tempatan T:zi bagi tujuan mengumpul dana untuk badan amal itu.



Karya seni itu, bertajuk "A Sacred Bond", diilhamkan oleh visi BMSG untuk menjadikan penyusuan susu ibu sebagai norma dan sebahagian daripada fabrik masyarakat di sini.



Mengulas tentang sambutan ini, Presiden BMSG, Cik Khatim Hamidon, berkata: "30 tahun mungkin kelihatan seperti masa yang lama tetapi kami baru sahaja bermula.



"Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, dan melatih penjaga tentang penyusuan susu ibu.



"Kami mengharapkan masyarakat dapat menerima penyusuan susu ibu sebagai satu kemajuan semula jadi, dan manfaat penyusuan susu ibu diakui secara meluas supaya lebih ramai ibu akan sentiasa memilih penyusuan susu ibu untuk memberi makan dan merapatkan hubungan dengan anak mereka."




"Selain penekanan terhadap kesejahteraan selepas bersalin, BMSG telah menjalankan kerja dorongan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kebaikan penyusuan susu ibu."
– Presiden Halimah dalam catatan Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >