Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih dua tahun tak masuk... rumah JB jadi usang

Jun 11, 2023 | 05:31 AM



RUMAH masuk air, lantai pecah, siling jatuh, perabot diserang anai-anai dan najis bersepah.

Bak mimpi ngeri yang menjadi nyata, inilah realiti pahit yang perlu dihadapi sesetengah warga Singapura tatkala kembali mengunjungi rumah mereka di Johor Bahru selepas lebih dua tahun terpaksa dibiarkan dek sekatan sempadan Covid-19.

Akibat terlalu lama ditinggalkan tanpa penghuni, mereka pulang ke rumah di seberang Tambak yang dalam keadaan usang dan perlu membelanjakan ribuan dolar untuk membersihkan dan memperbaiki semula rumah.

Antara mereka yang terjejas ialah suami isteri, Encik Saini Salleh dan Cik Kamisah Kassim, yang terperanjat melihat hampir segala-galanya di rumah mereka di Taman D’Utama musnah dimamah anai-anai.

Rumah Encik Hamid Ramin dan Cik Rabiah Salleh di kawasan Bandar Dato’ Onn pula diselebungi bau busuk yang menusuk hidung akibat najis yang terpancut keluar dari tandas, bangkai tikus di sana sini dan paip air yang bocor.

Sementara itu, rumah Encik Ramli Abdul Razak dan Cik Rugayah Ishak di Taman Eco Cascadia pula bersepah dengan jubin lantai yang pecah dan merekah, dengan sebahagian struktur rumah didapati retak dan tembok berlumut.

“Bila saya buka pintu rumah, saya terperanjat bila tengok keadaan dalam rumah saya sebab jubin lantai semua dah pecah dan merekah... Tak tahu mana nak mula untuk berkemas sebab barang semua bersepah di lantai,” kata Encik Ramli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >