Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa buat kacau selepas perlawanan Liverpool lawan Bayern

Aug 07, 2023 | 05:13 PM



Seorang lelaki telah didakwa membuat kacau di tempat awam pada Isnin selepas dia dituduh menimbulkan gangguan pada orang lain di stesen MRT Stadium menyusuli perlawanan bola sepak antara Liverpool dengan Bayern Munich pada 2 Ogos.

Muhammad Hafeez Ayub, 30 tahun, dituduh menjerit berulang kali dan berjalan secara agresif ke arah orang ramai di stesen itu pada sekitar 9.30 malam pada hari tersebut.

Dalam beberapa pos yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berpakaian jersi Liverpool dilihat menyebabkan kekecohan berikutan kekalahan 3-4 pasukan England itu kepada kelab Jerman Bayern Munich dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Negara pada malam itu.

Empat video menunjukkan lelaki itu, yang memakai jersi dengan nama pemain bek kiri Liverpool Andrew Robertson, menjerit dan melemparkan kata-kata kesat pada beberapa kumpulan orang.

Polis kemudian menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Melalui siasatan terperinci di tempat kejadian dan dengan bantuan imej daripada kamera (televisyen litar tertutup), pegawai daripada Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti lelaki itu dan menahannya (pada 4 Ogos),” kata polis dalam satu kenyataan.

Kes mahkamah Hafeez ditangguhkan pada 28 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >