Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri dalam flat di Bishan

Sep 27, 2016 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 25 tahun didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan membunuh bapanya di flat mereka di tingkat lima Blok 152B Bishan Street 11.



Sabri Aslam tiba di mahkamah pagi semalam berpakaian kemeja-T kuning dan sepasang bermuda biru.



Dia didakwa menyebabkan kematian Encik Aslam Alodin, 60 tahun, di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mereka antara 8 dengan 8.22 malam Sabtu lalu. Encik Aslam dilaporkan dipukul hingga mati.



Jika sabit kesalahan, tertuduh berhadapan dengan hukuman mati.



Polis berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 8.20 malam Sabtu lalu.



Setibanya pegawai di sana, Encik Aslam didapati terbaring kaku. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik pada kira-kira 9 malam.



Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa tiada sebarang kecederaan luaran yang dapat dilihat pada mangsa.



Seorang jiran yang tinggal di unit bertentangan berkata beliau sering mendengar banyak pertengkaran berlaku di rumah keluarga empat beranak itu.



Jiran berusia 68 tahun itu, yang enggan memberikan namanya, berkata beliau tidak begitu mengenali keluarga tersebut tetapi akan bertegur sapa apabila mereka bertemu.



Beliau menambah bahawa pegawai polis kadangkala dilihat mengunjungi rumah tersebut.



Seorang lagi jiran yang tinggal di tingkat empat yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Yaya berkata:



"Saya mendengar bunyi seakan-akan ada orang menjerit, tetapi saya tak pasti pertengkaran itu tentang apa."



Mangsa dipercayai tinggal bersama isteri dan dua anak lelakinya, yang lebih tua berusia 31 tahun.



Kejadian itu berlaku di apartmen studio Golden Jasmine - projek perumahan yang dibangunkan bagi warga tua. Ia terdiri daripada 176 unit.



Sabri tiba di mahkamah semalam dalam sebuah kereta polis yang tidak bertanda.



Dia dibawa ke mahkamah dengan diapit dua pegawai. Dia tidak boleh berjalan tanpa bantuan.



Pegawai yang bertugas juga telah membantunya berdiri sedang tuduhan ke atasnya dibacakan.



Sabri telah ditahan reman bagi penilaian psikiatri.



Kesnya akan disambung pada 17 Oktober ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >