Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa cuba rompak wanita di HDB Hub

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 57 tahun telah didakwa semalam setelah cuba merompak seorang wanita dengan pisau di HDB Hub di Toa Payoh.



Boey Yan Kit, 57 tahun, hadir di mahkamah melalui pautan video sekitar 10.30 pagi semalam dengan memakai baju hijau.



Polis berkata Boey mempunyai kesalahan lalu dan meminta tertuduh direman selama seminggu bagi membantu siasatan.



Tangan wanita cedera akibat kejadian tersebut.



Polis berkata pihaknya menerima panggilan bagi mendapatkan bantuan di Lorong 6 Toa Payoh sekitar 11 pagi Isnin.



Wanita itu, yang berusia 48 tahun, berada dekat kenderaannya di tempat letak kereta apabila Boey didakwa menghampirinya daripada belakang dan memaksa mangsa memasuki kenderaannya itu.



Boey didakwa menyerangnya menggunakan pisau dalam pergelutan yang berlaku.



"Wanita itu cedera di tangan kanannya, mempunyai bekas calar pada perut dan luka pada lengan kanannya," kata polis.



Mangsa berada dalam keadaan sedarkan diri ketika dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.



Beliau juga tidak kehilangan sebarang wang.



Menurut laporan The Straits Times, seorang pejalan kaki yang berada di sana pada sekitar 1.30 tengah hari mengatakan beliau mendapati kesan darah di lantai tempat letak kereta di Besmen 1 itu.



"Saya nampak sekurang-kurangnya dua kereta polis dan sekitar 10 pegawai polis apabila saya mahu keluar tempat letak kereta itu," katanya.



Timbalan Komander Bahagian Polis Tanglin Teo Yee Lay memuji pegawai terlibat kerana menyelesaikan kes itu dengan cepat.



"Polis berjaya mengesan lelaki itu dengan pantas dan menghalangnya daripada mencederakan orang lain," ujarnya.



Apabila berdepan dengan rompakan, polis menggesa orang ramai supaya bertenang, mengecam ciri-ciri pelaku dan menghubungi polis secepat mungkin, tambah polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >