MULAI 15 Februari tahun depan, pemilik kenderaan tidak lagi diperlukan memaparkan pelekat cukai jalan pada cermin depan kenderaan mereka, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), semalam.
Namun, mereka masih perlu memastikan bahawa mereka telah membayar cukai jalan tahunan yang diperlukan. Mereka boleh terus memeriksa dan mencetak bukti kesahihan cukai jalan mereka melalui laman web One.Motoring.