Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS bakal semak proses insentif cukai bagi pejabat keluarga tunggal

Oct 03, 2023 | 06:37 PM



Singapura akan menyemak proses pentadbiran insentif dalaman bagi pejabat keluarga tunggal (SFO) yang memohon insentif cukai di Singapura, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.

Ini sedang lebih daripada seorang suspek yang terlibat dalam kes pengubahan wang haram terbesar Singapura mungkin mempunyai kaitan dengan SFO yang diberi insentif cukai, menurut Encik Tan dalam ucapannya di Parlimen pada Selasa.

Menyampaikan kenyataan kementeriannya berkaitan kes itu pada Selasa, Encik Tan berkata SFO tersebut telah dikenakan pemeriksaan antipengubahan wang haram sebelum insentif cukai itu diberi.

“Semasa tempoh permohonan bagi insentif tersebut, tidak ada maklumat negatif yang timbul berkaitan individu dan entiti terlibat,” katanya.

Pejabat keluarga merupakan firma penasihat pengurusan harta yang ditubuhkan keluarga untuk mengendalikan pentadbiran dan pengurusan aset dan pelaburan harian dengan tujuan memelihara harta dan mewariskannya kepada generasi seterusnya. Pejabat keluarga tunggal menguruskan aset sebuah keluarga.

Jumlah SFO yang diberikan insentif cukai oleh MAS meningkat kepada 1,100 pada akhir 2022 berbanding 700 pada 2021.

Encik Tan memberitahu Parlimen pada Selasa bahawa semua SFO yang membuat permohonan untuk insentif cukai Penguasa Kewangan Singapura (MAS) perlu menunjukkan bukti mereka telah membuka akaun dengan institusi kewangan Singapura.

Sebelum menerima mereka sebagai pelanggan, institusi kewangan perlu menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas SFO.

MAS juga menjalankan pemeriksaan terhadap individu dan entiti terlibat dalam SFO itu berdasarkan pangkalan data dan sumber maklumat lain berkaitan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganasan dan lain-lain, kata Encik Tan.

Menurut Encik Tan, MAS telah mengumumkan rancangan untuk mengukuhkan pemantauan serta perlindungan daripada risiko pengubahan wang haram oleh SFO.

Ia mengusulkan supaya rangka kerja disemak bagi memastikan semua SFO dikenakan kawalan antipengubahan wang haram dengan menetapkan kriteria bagi pengecualian perlesenan.

SFO juga perlu mengemukakan laporan tahunan berkaitan jumlah aset yang dikendalikan dan terus berhubung dengan institusi kewangan yang dikawal selia MAS, yang akan menjalankan pemeriksaan antipengubahan wang haram ke atas mereka.

MAS akan menyemak proses pentadbiran insentif dalamannya dan akan “memperketatkannya jika perlu”, kata Encik Tan.

Rancangan bagi perubahan tersebut timbul selepas MAS mengumumkan untuk menyesuaikan insentif cukai untuk SFO di Singapura bagi menggalak mereka melabur di sini baru-baru ini.

Encik Tan menambah, wadah Cosmic atau Perkongsian Maklumat Kolaboratif dan Kes Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Pengganasan, akan dilancar pada separuh kedua 2024 atau lebih awal dari itu.

MAS akan memberi peluang kepada institusi kewangan yang terlibat berkongsi maklumat melalui Cosmic dengan syarikat atau perniagaan berkait setempat atau di luar negara jika syarat yang ditetapkan bagi memastikan maklumat kekal rahsia ditepati, ujar Encik Tan.

Tidak ada rancangan untuk membuka Cosmic kepada entiti di luar sektor kewangan atau institusi kewangan luar negara, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >