LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) telah menjalankan usaha percubaan untuk menerbitkan buku kanak-kanak dalam Bahasa Ibunda (MTL) kerana bilangan bahan penerbitan dalam bahasa Melayu terutama dalam bentuk digital adalah rendah.
Di bawah usaha tersebut yang dijalankan pada 2020 dan tahun ini itu, NLB telah mendekati beberapa penerbit buku setempat untuk mendapatkan hak terjemahan bagi buku cereka kanak-kanak bahasa Inggeris bagi diterjemahkan kepada bahasa Cina, Melayu dan Tamil.
Langkah ini bertujuan untuk menggalak pembacaan awal dalam bahasa-bahasa MTL.
NLB berkata walaupun terdapat buku-buku yang sudah diterjemahkan, bilangan yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu masih rendah berbanding bahasa lain.
Justeru NLB bekerjasama dengan penerbit dan rakan untuk meningkatkan bekalan buku-buku Melayu.
"Sejauh ini, beberapa penerbit telah bekerja bersama kami untuk menerbitkan cerita-cerita MTL, yang asalnya dalam bahasa Inggeris," kata NLB kepada Berita Harian.
Versi Melayu bagi cerita-cerita ini boleh dipinjam dalam bentuk cetak atau buku digital (e-buku) di perpustakaan awam dan menerusi aplikasi bergerak NLB di https://go.gov.sg/nlbmobileapp.
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
Seorang teman sanggup menunggu Sarah Yasmine, wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, bersiaran secara langsung di TikTok walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Se
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan

Contoh buku yang telah diterjemahkan NLB termasuk bertajuk Burung Yang Takutkan Ketinggian (The Bird Who Was Afraid of Heights); Hanya Inuka Yang Satu (The One and Only Inuka); Budak Wayang Cilik (Little Wayang Kid); dan Bola Yang Stres (The Stressed Ball).
NLB berkata ia secara teliti telah memilih tajuk-tajuk relevan yang terdapat dalam pasaran.
Selain mendapatkan buku-buku Melayu daripada pembekalnya, NLB juga mencari tajuk-tajuk yang baru diterbitkan untuk menambah koleksinya.
Ditanya tentang bekalan buku digital dan audio Melayu di passaran, NLB berkata:
"Kami mengalu-alukan lebih banyak bahan untuk diterbitkan dalam e-format, terutama dengan keadaan sekarang di mana pengguna mungkin lebih suka tidak mengunjungi perpustakaan secara fizikal.
"e-buku dan buku audio Melayu juga boleh diterbitkan oleh penerbit yang menerbitkan bahan cetak.
"Terdapat segelintir sahaja penerbit khusus bagi bahan digital dalam bahasa Melayu," ujar NLB.
CARA PINJAM E-BUKU
- BUKU digital (e-buku) boleh dipinjam di perpustakaan awam dan menerusi aplikasi bergerak NLB di https://go.gov.sg/nlbmobileapp.
- NLB telah menubuhkan Bilik Membaca Bahasa Ibunda (MTL) di platform OverDrive untuk memperkemas pembacaan MTL bagi pengguna. Ia boleh diakses menerusi aplikasi Libby atau laman web Libby di https://libbyapp.com/library/nlb/guide/malay