Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran hartanah kian reda, sokongan lebih baik buat pembeli rumah: Desmond

Jul 30, 2023 | 08:26 PM



Pasaran hartanah Singapura sedang menunjukkan tanda-tanda positif dan stabil, dengan harga perumahan privet merosot pada suku kedua 2023 buat pertama kali dalam tiga tahun, menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Ini menunjukkan pasaran kian reda sedang harga jualan semula perumahan awam juga menunjukkan kesederhanaan.

Pemerintah, katanya, akan terus memantau pasaran dengan teliti dan mengambil langkah yang diperlukan bagi memastikan pasaran tidak lari daripada asasnya.

Encik Lee berkata demikian dalam ucapannya sewaktu perbicangan mengenai perumahan sebagai sebahagian inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward Singapore.


Dalam usaha mempertingkat kemampuan dan akses kepada perumahan awam, pemerintah telah mengambil beberapa langkah.

Ini termasuk Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pembeli rumah kali pertama yang ingin membeli flat jualan semula HDB telah dinaikkan, menawarkan lebih sokongan buat kedua-dua keluarga dan mereka yang belum berkahwin.

Bujang yang pertama kali layak membeli flat jualan semula kini boleh menerima geran perumahan sehingga $95,000, kata Encik Lee.

Di samping itu, akses kepada perumahan awam juga telah disemak bagi menyokong pembeli rumah dengan lebih baik.

Contohnya pada 2022, penyesuaian bagi kuota peruntukan bagi Bina Ikut Tempahan (BTO) telah dilakukan supaya lebih sokongan diberikan buat pembeli kali pertama.

“Saya tahu ada warga Singapura yang juga prihatin tentang kenaikan mendadak dalam harga sewa yang kekal stabil secara amnya dalam beberapa tahun sebelum ini,” kata Encik Lee.

Namun, Covid-19 telah menyebabkan gangguan kepada industri pembinaan, rantaian bekalan global dan kawalan sempadan.

“Peningkatan dalam bekalan perumahan baru, ditambah dengan jumlah besar unit kediaman yang telah dan akan disiapkan akan meredakan keadaan. Malah, kadar sewa sedang menunjukkan tanda-tanda kestabilan,” ujarnya.

Encik Lee berkata menerusi sesi pendekatan bersama golongan bujang dan pembeli rumah kali kedua dalam beberapa bulan lalu, salah satu tema yang kerap diutarakan ialah soal pemilikan rumah.

Bagi golongan bujang, antara idea yang dikemukakan ialah model sewa-untuk-milik, serta kemungkinan membeli flat yang dijual dengan pajakan lebih singkat.

Mereka juga menyuarakan keinginan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat, justeru perumahan yang mempunyai kemudahan komunal dikongsi juga telah disarankan.

“Ada juga yang membincangkan tentang perumahan antara generasi – di mana yang muda dan tua boleh berinteraksi dan saling menyokong dalam ruang komunal yang dikongsi, sambil mengekalkan ruang kediaman privet mereka sendiri. Ini boleh mengambil bentuk rakan serumah antara generasi di mana si muda dan tua berkongsi unit, atau blok atau estet antara generasi di mana terdapat campuran baik rakyat Singapura merentas usia dengan ruang komunal untuk bergaul,” katanya.

Pembeli rumah kali kedua pula menyuarakan bahawa keperluan mereka akan terus berubah, di mana ada yang bermula dengan rumah lebih kecil tetapi memerlukan rumah lebih besar setelah mempunyai anak.  

Manakala bagi mereka yang anak sudah besar dan tidak lagi menginap bersama, mereka mungkin ingin berpindah ke unit lebih kecil.

Encik Lee memberi jaminan bahawa sedang beberapa idea relevan kini, ada yang akan dipertimbang bagi masa depan.

Idea yang dikumpulkan akan membantu dalam pembentangan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi Draf Pelan Induk akan datang dan Encik Lee mengalu-alukan maklum balas awam apabila tiba masanya nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >