Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja Myanmar maut selepas jatuh empat tingkat di kondo Bedok

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



SEORANG pekerja dari Myanmar telah meninggal dunia pada Khamis lalu, selepas terjatuh empat tingkat di sebuah kondominium di Bedok.



Beliau sedang mengecat tembok luar bangunan itu dan sedang berdiri di belebas konkrit.



Ini adalah kematian di tempat kerja yang pertama pada 2023.



Menjawab pertanyaan media, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata insiden itu berlaku sekitar 3.50 petang di 738 Bedok Reservoir Road, iaitu alamat bagi kondominium Waterfront Isle.



Pekerja berusia 37 tahun itu sedang bekerja dengan seorang lagi pekerja dan mereka menggunakan gondola, kata MOM.



Namun, kededua pekerja itu memanjat keluar dari gondola untuk mengecat bahagian tembok yang tidak dapat dicapai dari gondola.



Mangsa itu, yang bekerja bagi syarikat ISOTeam C&P, sedang berdiri di belebas konkrit apabila beliau jatuh.



Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



MOM sedang meyiasat kemalangan itu.



Ia telah memberitahu ISOTeam C&P supaya berhenti menggunakan gondola dan menghentikan semua kerja di tempat tinggi di kondominium itu.



Syarikat itu juga tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru selama tiga bulan kerana memiliki kawalan risiko yang lemah, kata MOM.



Pengarah urusan syarikat itu pula diarah bertanggungjawab secara peribadi ke atas kelemahan itu dan dalam usaha memperkukuh kelemahan yang ada.



"MOM tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab jika mereka didapati salah laku," kata jurucakap itu.



Mengikut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasuki atau keluar dari gondola kecuali jika ia tidak bergerak dan berada di darat, atau di sebarang tempat yang membolehkan orang keluar masuk secara selamat.



Pekerja juga harus diberikan peralatan keselamatan yang sewajarnya apabila bekerja di tingkat tinggi supaya mereka tidak jatuh, kata MOM.



Jatuh dari tempat tinggi adalah antara sebab utama kematian di tempat kerja pada tahun lalu.



Sebanyak 46 kematian di tempat kerja berlaku pada tahun lalu, jumlah tertinggi sejak 2016 apabila 66 orang maut.



MOM telah melaksana tempoh keselamatan dipertingkat enam bulan sejak 1 September 2022 yang dijadual berlangsung sehingga 28 Februari ini.



Menyusuli pelaksanaan tempoh keselamatan itu, jumlah purata sebulan kematian di tempat kerja jatuh daripada 4.5 kematian antara Januari dengan Ogos 2022, kepada 2.5 kematian antara September dengan Disember 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >