Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Singapura ungguli lima Olimpiad Antarabangsa dengan 13 emas

Aug 30, 2016 | 12:12 PM



PELAJAR dari sekolah-sekolah terbaik di Singapura meraih sejumlah 13 pingat emas dalam lima Olimpiad Antarabangsa, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Selasa (30 Ogos).



Olimpiad itu ialah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, dan Informatik, yang kesemuanya diadakan di luar negara antara Julai dan Ogos lalu.



Para pelajar itu juga meraih satu pingat gangsa dan sembilan pingat perak.



Olimpiad Antarabangsa memberi pelajar peluang menunjukkan pengetahuan mereka dalam konsep matematik dan saintifik.



Dalam Olimpiad Sains dan Informatik, mereka juga diuji dalam kemahiran menjalankan eksperimen dan pemprograman.



Pencapaian terbaik Singapura ialah dalam Olympiad Biologi Antarabangsa, dengan pasukan negara ini - yang memenangi empat pingat emas - menduduki tempat pertama pada keseluruhannya dalam kalangan 252 peserta dari 72 negara.



Peserta lima Olimpiad itu datang dari sekolah seperti Raffles Institution, Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS, dan Hwa Chong Institution.



Mereka diketuai oleh para pakar dari institusi seperti Institut Pendidikan Nasional (NIE) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), jabatan sains biologi Universiti Nasional Singapura (NUS), pelbagai maktab rendah dan MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >