APABILA seorang pesakit istimewa terbuang air besar tanpa sengaja, penyelia pembersihan, Cik Rahmatunnisha Mohamed Abdul Karim, tidak berfikir dua kali untuk memandikannya, lebih-lebih lagi selepas melihat beliau hanya ditemani ibu yang sudah lanjut usia.
Ini antara insiden yang harus dihadapi oleh Cik Rahmatunnisha, 50 tahun, sebagai seorang penyelia pembersihan Horsburgh Integrated Services Pte Ltd yang bertugas di Pusat Pergigian Nasional.