SEORANG pemuda yang menyerang blogger Amos Yee di sebuah pusat beli-belah di Jurong West pada Mei tahun lalu telah diarahkan menjalani probesen selama sembilan bulan semalam.
Bryon Loke Thong Ler, 19 tahun, yang telah berhadapan dengan Yee yang berusia 17 tahun kerana mengambil videonya di Jurong Point, juga diarahkan menjalani 100 jam khidmat masyarakat.