Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden: 76% warga S’pura luar negara undi Tharman

Sep 12, 2023 | 06:59 PM



Sekitar 76 peratus warga Singapura di luar negara mengundi Encik Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baru mereka, lebih tinggi sedikit berbanding pengundi di Singapura.

Bakal Presiden berusia 66 tahun itu memperolehi 70.4 peratus undi sah yang dibuat pengundi setempat pada 1 September.

Selepas kemasukan undi luar negara, yang dikira pada Selasa di pusat pengiraan di Jabatan Pilihan Raya (ELD), jumlah undi yang dibuat dalam Pilihan Raya Presiden 2023 ialah 2,534,711, termasuk undi ditolak.

Ini merupakan 93.55 peratus daripada 2,709,407 pemilih berdaftar bagi pilihan raya ini.

Daripada 6,649 pengundi luar negara yang berdaftar, 2,454 daripada 3,217 pengundi luar negara membuang undi di 10 pusat mengundi di luar negara.

Sementara itu, 2,997 daripada 3,432 pengundi pos memuat turun undi pos dan 1,345 telah diterima pada tarikh akhir 11 September 2023 dan dianggap sah untuk pengiraan, kata ELD.

Encik Tharman menerima 1,749,261 undi (70.41 peratus) secara keseluruhan, sementara dua lagi pesaingnya, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian, masing-masing menerima 390,636 (15.72 peratus) dan 344,584 (13.87 peratus) undi.

Lebih 2.4 juta, daripada 2.7 juta yang layak mengundi, telah mengundi pada Pilihan Raya Presiden kali ini, menurut ELD. Sekitar 50,000 undi didapati rosak.

Jumlah itu lebih tinggi daripada jumlah pengundi yang membuang undi pada 2011, kali terakhir Pilihan Raya Presiden ditandingi.

Pada tahun berkenaan, 2,156,389 pengundi membuang undi, atau 94.8 peratus daripada jumlah pengundi layak keseluruhannya.

Pilihan Raya Presiden 2017 pula pilihan raya pertama yang diperuntuk bagi masyarakat Melayu dan dimenangi Presiden Halimah Yacob tanpa bertanding.

Kemenangan besar lebih dua pertiga undi kepada Encik Tharman sekali gus mencerminkan sokongan kuat kepada beliau yang telah berkempen atas dasar memupuk sikap saling menghormati bagi semua rakyat.

Majlis Perasmian Presiden kesembilan Singapura akan diadakan pada Khamis, 14 September 2023, di Istana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >