Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijadualkan mengakhiri lawatan rasmi empat harinya ke Jepun hari ini. Kunjungan Encik Lee kali ini sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik antara Singapura dengan Jepun (SJ50). Berikut dipaparkan sebahagian daripada pertemuan yang diadakan sepanjang kunjungan beliau itu.
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam menerima penghormatan tertinggi Jepun untuk orang kenamaan asing bagi pihak ayahnya, Encik Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada Mac tahun lalu.