Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat video seks dua lelaki dalam uniform SCDF

Sep 29, 2016 | 08:12 AM



POLIS sedang menyiasat sebuah video yang disiarkan dalam talian yang menunjukkan dua lelaki yang memakai uniform Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengadakan hubungan seks.



Pautan ke video itu disiarkan pada kira-kira 5 pagi pada Rabu (28 Sep).



Ia boleh didapati di pelbagai laman web dan gambar daripada skrin boleh dilihat di forum-forum.



Video itu juga dikatakan diedar ke aplikasi mesej WhatsApp, menurut laman web sosio-politik The Independent Singapura.



Satu pautan yang disiarkan di sebuah laman live pada petang Rabu dilihat hampir 19,000 kali dalam lapan jam.



Tidak diketahui bila atau di mana video itu diambil, dan dua lelaki tersebut tidak dapat dikenal pasti.



Mereka kelihatan di dalam bilik dengan tirainya ditutup, di depan sebuah meja.



Muka seorang daripada mereka terkeluar dari bingkai gambar, manakala muka seorang lagi dikaburkan.



SCDF berkata dalam satu kenyataan ia telah membuat laporan polis.



"SCDF memandang serius perkara itu dan telah membuat laporan polis," kata kenyataannya.



"Polis sedang menyiasat perkara itu bagi satu kesalahan di bawah Akta Filem."



Membuat, menghasilkan semula atau mengedarkan "filem lucah" adalah satu kesalahan di bawah seksyen 29 Akta tersebut, baik bagi tujuan tayangan mahupun pengedaran.



Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda daripada $20,000 hingga $40,000 dan penjara sehingga dua tahun.



Bagi sabitan berikutnya, pesalah boleh didenda daripada $40,000 hingga $100,000 dan penjara sehingga dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >