Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa lebih ramai tampil jadi relawan

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menggalak lebih ramai orang tampil untuk menjadi relawan bagi membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat.



Ini dinyatakan beliau semasa lawatan ke Sekolah Rendah Choa Chu Kang semalam.



Dalam lawatan itu, Puan Halimah telah diberi taklimat tentang Projek Program Inklusif Digital (D.I.P) menerusi bengkel celik digital.



"Projek D.I.P adalah contoh yang baik bagaimana para relawan bersama menyumbang masa dan kemahiran bagi golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat," katanya.



Projek D.I.P adalah inisiatif awal yang diketuai oleh relawan untuk mempromosikan celik digital dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah di Singapura.



Mereka bekerja rapat dengan sekolah untuk mengenal pasti pelajar yang boleh memanfaatkan akses digital dan latihan celik digital kemahiran.



Projek D.I.P juga sejajar dengan tema Cabaran Presiden 2021 (PC2021) mengenai "Membangun Masyarakat yang Inklusif secara Digital" dan gerakan digital Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Digital Sepanjang Hayat (DfL), kerana ia membantu meningkatkan literasi digital dalam kalangan golongan muda dan merapatkan jurang pembelajaran bagi mereka dari latar belakang kurang bernasib baik.



Mengulas mengenai program itu, Puan Halimah berkata: "Saya menggesa lebih ramai warga Singapura, sekolah dan pertubuhan untuk menjadi seperti Project D.I.P. dan tampil untuk menjadi relawan sebagai sebahagian daripada Acara Relawan Cabaran Presiden (PCVD) atau diberi inspirasi untuk memulakan projek sendiri di bawah gerakan DfL."



Sejauh ini, PCVD 2021 telah mengumpulkan lebih 250 relawan untuk mengambil bahagian dalam 23 aktiviti relawan, termasuk kelas celik digital dan sesi e-pembelajaran untuk menyokong agensi yang mendapat manfaat dari Cabaran Presiden.



Pengerusi RSVP Singapore, rakan masyarakat relawan untuk projek ini, Encik Koh Juay Meng, berkata:



"Kami bangga dapat bekerjasama dengan inisiatif perintis seperti Project D.I.P, untuk memenuhi keperluan celik digital pelajar yang kurang berkemampuan. Relawan kami dapat bertindak sebagai mentor dan menyampaikan pengetahuan mereka kepada pelajar. Kami menggalakkan lebih banyak sekolah untuk mengikuti projek yang bermakna ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >