Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah laku lawatan negara ke Kazakhstan, Uzbekistan

May 21, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob akan berada di Kazakhstan dan Uzbekistan bagi satu lawatan negara dari 21 hingga 25 Mei.



Ini adalah lawatan negara pertama oleh seorang Presiden Singapura ke Asia Tengah.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu Puan Halimah akan berada di Kazakhstan dari 21 hingga 23 Mei atas undangan Presiden Kassym-Jomart Tokayev.



Beliau kemudian akan berada di Uzbekistan dari 23 hingga 25 Mei atas undangan Presiden Shavkat Mirziyoyev.



Di Kazakhstan, Puan Halimah akan diberikan sambutan istiadat negara di Istana Akorda dan menemui Presiden Tokayev, yang akan menganjurkan majlis jamuan tengah hari negara bagi memberi penghormatan kepada Puan Halimah.



Beliau juga akan dijamu makan malam oleh Perdana Menteri Alikhan Smailov.



Puan Halimah kemudian akan bertemu pemimpin perniagaan Singapura dan Kazakhstan di Forum Perniagaan Singapura-Kazakhstan.



Beliau juga akan mengunjungi Pusat Kewangan Antarabangsa Astana dan Universiti Nazarbayev.



Di Uzbekistan, Puan Halimah akan diberi sambutan istiadat negara di Istana Kuksaroy dan menemui Presiden Mirziyoyev, yang akan menganjurkan majlis jamuan tengah hari negara bagi memberi penghormatan kepada Puan Halimah.



Beliau juga akan dijamu makan malam oleh Pengerusi Senat Majlis Oliy, Cik Tanzila Narbaeva.



Puan Halimah akan bertemu pemimpin perniagaan Singapura dan Uzbekistan di Forum Perniagaan Singapura-Uzbekistan dan melawat Akademi Pentadbiran Awam.



Selain itu, Puan Halimah akan mengunjungi Samarkand dan dijamu makan tengah hari oleh Gabenor Wilayah Samarkand, Encik Erkinjon Turdimov.



Puan Halimah diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng; Anggota Parlimen Gan Thiam Poh dan Tin Pei Ling, serta pegawai daripada Pejabat Presiden, MFA, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), dan Enterprise Singapura (ESG).



Semasa ketiadaan Puan Halimah, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan menjalankan fungsi Pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >