Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Program 'Scale-Up SG' dipertingkat bantu firma percepat pertumbuhan

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



ENTERPRISE Singapore (EnterpriseSG) akan mempertingkatkan program 'Scale-Up SG' yang membantu syarikat yang berpotensi membangun dan melaksanakan rancangan jangka panjang untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka.



Dalam pada masa yang sama, EnterpriseSG juga akan memperkenalkan program 'Scale-Up X', yang merupakan program pembinaan keupayaan khusus baru dalam bidang seperti memupuk kepimpinan, meningkatkan kesediaan untuk pelaburan dan penyenaraian tawaran awal awam (IPO), dan menggiatkan strategi pengantarabangsaan dan pelan pelaksanaan.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, semasa menyampaikan ucapannya mengenai rancangan perbelanjaan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) bagi 2023, menambah bahawa pemerintah akan menyokong syarikat dalam mengembangkan jejak global mereka dan mempelbagaikan rantaian bekalan.



Beliau berkata: "Kami memperkenalkan inisiatif 'Singapore Global Enterprises', atau SGE, di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) tahun lepas untuk membina senarai kukuh syarikat tempatan, pertumbuhan tinggi yang boleh bersaing dengan yang terbaik di dunia.



"Keperluan syarikat-syarikat ini sangat berbeza, dan mereka sering memerlukan sokongan khusus dan tersuai untuk menghadapi cabaran khusus mereka."



Untuk memudahkan perkara ini, Encik Gan berkongsi, antara lain, syarikat mungkin menerima sokongan kewangan tersuai daripada EnterpriseSG, seperti melalui pembiayaan bersama penubuhan pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan inovasi dalaman mereka, dan usaha untuk membina daya tahan rantaian bekalan.



Pemerintah juga akan berusaha ke arah memperdalam dan membangunkan kumpulan bakat serta memperluaskan liputan Kredit Perusahaan SkillsFuture kepada 'Scale-Up SG' dan Program Eksekutif Global Singapura (SGEP).



"Ini akan membolehkan majikan yang layak menggunakan kredit mereka untuk mengimbangi perbelanjaan yang layak di bawah program ini, memberikan sokongan yang lebih besar untuk usaha transformasi perusahaan dan tenaga kerja mereka," tambahnya.



Meskipun bilangan perusahaan yang berpotensi di sini telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Encik Gan berkata pemerintah menyasar untuk bekerjasama dengan kumpulan sekitar 100 hingga 200 perusahaan.



Bagi syarikat yang lebih bercita-cita tinggi, mereka akan diberi rangsangan tambahan melalui inisiatif SGE supaya mereka boleh menjadi pemimpin global dalam bidang masing-masing, tambah Encik Gan.



"Saya mengalu-alukan kebangkitan generasi baru SGE apabila lebih banyak syarikat Singapura mencapai kejayaan di peringkat global. Kami akan bersama anda setiap langkah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >