ENGLAND: Wayne Rooney pilih untuk kembali ke Everton berbanding bermain di negara seperti China kerana ingin merasakan "tekanan" bermain semula di kelab zaman remajanya.
Bekas penyerang Manchester United itu menyertai semula Everton yang juga dikenali sebagai Toffees bagi tempoh dua tahun sejak musim panas lalu, dengan jumlah pemindahan yang tidak didedahkan.