Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Scoot gunakan pesawat jimat bahan bakar pertama terbang ke Bangkok

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT tambang murah, Scoot telah menerbangkan pesawat Airbus A321neo yang pertama dalam penerbangan ke Bangkok, Thailand semalam.



Pesawat itu boleh diterbangkan dalam jarak lebih jauh, lebih selesa dan lebih mesra alam berbanding dengan model pesawat yang kini digunakan untuk penerbangan jarak dekat, menurut kenyataan Scoot.



Jenis pesawat itu akan digunakan bagi laluan penerbangan Singapura-Cebu dan Singapura-Ho Chi Minh City pada Ogos nanti.



Menurut kenyataan Scoot, model pesawat itu boleh dikerahkan bagi laluan dekat hingga jauh, sehingga waktu penerbangan enam jam berbanding dengan pesawat A320 generasi lebih lama, iaitu empat hingga lima jam - sekaligus membuka lebih banyak pilihan destinasi baru.



Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Encik Campbell Wilson berkata dalam kenyataan itu:



"Pesawat A321neo baru ini menawarkan kapasiti dan jarak tambahan, membuka peluang pertumbuhan rangkaian baru sementara membolehkan kami untuk meningkatkan pengalaman penumpang dalam cara yang berdaya maju.



"Dengan melabur dalam pesawat generasi baru dan mengendalikan pesawat yang jimat bahan bakar merupakan tunggak strategi Scoot dalam mencapai pengeluaran karbon sifar menjelang 2050."



Pesawat itu mempunyai 236 tempat duduk - 50 lebih banyak daripada sekarang - serta enjin jimat bahan bakar, membolehkan syarikat tersebut memperbaiki prestasi ekonomi beroperasi dan kos unit.



Ia juga akan membolehkan Scoot mengoptimumkan penggunaan pesawat bagi memadankan lebih baik kapasiti dengan permintaan, tambah kenyataan itu.



Misalnya, model pesawat itu boleh menggantikan pesawat A320 semasa musim popular, hari lebih rancak atau kumpulan penerbangan serta menggantikan pesawat Scoot lebih besar, Boeing 787 ketika permintaan kurang rancak.



"Ketibaan pesawat A321neo menandakan lagi satu detik bersejarah dalam hubungan rapat kami dengan Kumpulan Singapore Airlines .



"Dengan A321neo, Scoot akan dapat meningkatkan kapasiti dan membuka laluan baru di serata rantau Asia... kami yakin bahawa pesawat ini akan menempatkan Scoot dalam kedudukan yang baik bagi pemulihan dalam pergerakan udara," ujar Encik Anand Stanley, Presiden Airbus Asia-Pacific.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >